Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Ekosistem Teknologi EV diperkenalkan untuk mengurangkan penggunaan bahan api – MOSTI

90

PUTRAJAYA 15 JANUARI 2022 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga nanoMalaysia (Nesti) dalam usaha membangunkan dan mengkomersialkan sistem penyimpanan tenaga untuk mobiliti elektrik, kegunaan di dalam sektor domestik dan industri serta penyelesaian mudah alih. NESTI dibangunkan dalam melengkapkan ekosistem teknologi tenaga dengan penyertaan daripada industri, komuniti penyelidik dan pengguna akhir.

“MOSTI sentiasa mencari penyelesaian berasaskan sains, teknologi dan inovasi dalam usaha mencapai sasaran negara neutral karbon menjelang tahun 2050 antaranya menerusi teknologi storan tenaga kenderaan elektrik (EV) memberi impak sampingan (spin-offs) yang positif.

MOSTI telah mengenalpasti sistem penyimpanan tenaga boleh diperbaharui yang mesra alam sekitar serta mengurangkan penggunaan bahan api dan akan terus komited menjalin kerjasama rentas kementerian menerusi perkongsian kepakaran agensi di bawah MOSTI iaitu NanoMalaysia Berhad.

Menerusi program Enabling Mobility Electrification for Green Technology (EMERGE), tumpuan diberi kepada pembangunan serta pengkomersialan ekosistem teknologi EV tempatan bersama syarikat pemula dan industri kecil sederhana. EMERGE bakal memposisikan Malaysia sebagai pengeluar teknologi EV dan focus MOSTI diberikan kepada kenderaan elektrik dua roda yang dibangunkan para pengusaha EV tempatan”. kata Menteri MOSTI Dato’ Sri Dr. Adham Baba dalam satu kenyataan semalam.

MOSTI bersama NanoMalaysia Berhad juga mengadakan beberapa sesi libat urus bersama para pemain industri EV bagi berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam usaha memperkasakan sektor teknologi tenaga lestari ini dalam memastikan pembangunan sektor sosio-ekonomi seimbang.

Sebagai tanda sokongan, Adham menyokong industri EV dengan menggunakan Skuter Elektrik Eclimo ES-11 sebagai medium perjalanan jarak dekat di sekitar Putrajaya. Skuter elektrik ini dikuasakan oleh bateri berstruktur nano menggunakan system pemantauan bateri berstruktur nano iaitu menggunakan sel bateri lithium-ion yang memberi manfaat kepada alam sekitar.

Sumber foto : Facebook rasmi MOSTI

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member