Home AM Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
AMz10

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

16 JANUARI 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa tiada ancaman kepada Malaysia susulan kejadian letusan gunung berapi di dasar laut yang berlaku di perairan Tonga semalam.

“Berikutan kejadian letusan gunung berapi di dasar laut yang berlaku di perairan Tonga pada 12:27 tengah hari (waktu
Malaysia), 15 Januari 2022 dan berdasarkan kepada pemantauan berterusan, semakan bacaan tolok pasang surut
serta boya antarabangsa dan tempatan, serta maklumat laman sesawang Regional Tsunami Service Providers (RTSP),
mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. “katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, Jabatan Meteorologi akan sentiasa memantau secara berterusan perkembangan kejadian ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang berkaitan dari semasa ke semasa.

“Sila dapatkan maklumat gempa dan amaran tsunami terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu
www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638.” kata kenyataan itu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...