23 Disember 2021 – Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah telah membatalkan lawatan ke India susulan dari kejadian banjir besar yang melanda negara ini. Pihak LNA telah difahamkan bahawa beliau telah kembali ke tanah air sejak semalam dan pada pagi ini beliau telah melawat mangsa-mangsa banjir termasuk kakitangan kementerian yang diterajuinya.
Di dalam ciapan di Twitter rasmi beliau, Saifuddin telah melawat salah seorang kakitangan kementerian yang terkesan akibat banjir di Dengkil.
“Pagi tadi saya telah melawat ke rumah Puan Azlinda Hussein, pembantu Tadbir @malaysiaMFA di Taman Mutiara Dengkil yang mengalami kemasukan lumpur selama beberapa hari hingga menyebabkan kerosakan semua barang.
Saya juga melawat ke rumah Puan EmiSilawati Zainal, pembantu awam yang berada berhampiran. Lebih sukar bagi Puan EmiSilawati sebagai ibu tunggal yang menjaga anak dan kedua ibubapanya dan diuji dengan kemusnahan harta benda.
Bantuan seperti keperluan harian, barang makanan dan sejumlah tunai untuk kelangsungan hidup telah disalurkan di samping mereka akan dibantu untuk memohon dan mendapatkan kuaters kerajaan secepat mungkin.” katanya.
Saifuddin juga akan meninjau beberapa kawasan yang terkesan dengan banjir di Indera Mahkota esok.
Di dalam satu kenyataan oleh Wisma Putra pada 19 Disember, Saifuddin dijadualkan melawat Republik India mulai hari ini sehingga 25 hb Disember selepas lawatan beliau ke Turki. Beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, TYT Dr. S. Jaishankar, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri India bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama.
- Living together across generations: A personal story
- New Toll Brothers Move-in Ready Homes Available in Freestone Station Community in Marietta, Georgia
- Axiom Brain Health and Global Alzheimer’s Platform Foundation Celebrate the Next Chapter in Innovative Research in Tampa
- NEO Battery Materials to Establish Canada’s First Silicon Anode Facility on 8 Acres in Windsor, Ontario
- KPMG: Slower than expected interest rate cuts to support bank margins in 2025
Leave a comment