23 Disember 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia pada hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dalam usaha membaik pulih menara-menara komunikasi yang terjejas susulan banjir besar melanda di beberapa buah negeri termasuk kawasan-kawasan kritikal di negeri Selangor pada hujung minggu lalu.
Katanya melalui satu siaran media yang diedarkan pada hari ini, setakat 22 Disember 2021, sebanyak 342 menara komunikasi terkesan di Selangor dan daripada jumlah tersebut, 153 menara telah berjaya beroperasi semula manakala 189 menara masih dalam baik pulih.
“Antara kekangan yang dihadapi oleh pihak MCMC dan syarikat telekomunikasi adalah tidak dapat mengakses ke lokasi menara dan bekalan elektrik diputuskan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tujuan keselamatan penduduk setempat.
Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan dan menara telekomunikasi yang terjejas dijangka akan kembali beroperasi tidak lama lagi dan pemancar di kawasan yang terlibat akan diaktifkan semula, sebaik sahaja bekalan elektrik diberi oleh pihak TNB.” kata Annuar.
Tambahnya, Pihak MCMC juga telah membuat perbincangan dengan persatuan radio amatur bertujuan mendapatkan bantuan perkhidmatan radio amatur sebagai saluran perhubungan alternatif bagi kawasan yang terkesan.
“Kini, beberapa sistem radio amatur telah mula beroperasi dan ditempatkan di beberapa kawasan yang terjejas teruk oleh bencana banjir.” kata Annuar.
Beliau turut meminta para penduduk bersabar sementara tindakan mitigasi giat dijalankan bagi memastikan semua penduduk dapat kembali menikmati perkhidmatan telekomunikasi seperti sedia kala.
- Slime Miner – First Web3 Idle RPG Game is Live on Kaia Chain
- ROHM’s 2nd Generation MUS-IC Series Audio DAC Chip for Hi-Res Audio Playback with Exclusive HD Monaural Mode
- ZAGG Introduces New Screen Protectors and Cases for the Samsung Galaxy S25 Series
- DYMO Partners With GA International (LabTAG) To Offer Cryogenic Labels For DYMO Labelwriter 5 Series Printers
- Hong Kong’s Advantages Spotlighted at WEF Annual Meeting in Davos
Leave a comment