Home Gaya Hidup Pelancongan PROGRAM “JEJAK BUDAYA@KUNDASANG 2021” BANGUNKAN AKTIVITI SENI DAN BUDAYA SABAH – NANCY
PelanconganSeni dan Budaya

PROGRAM “JEJAK BUDAYA@KUNDASANG 2021” BANGUNKAN AKTIVITI SENI DAN BUDAYA SABAH – NANCY

RANAU, 23 Disember 2021 – Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah menganjurkan Program Jejak Budaya@Kundasang 2021 bertempat di Pentas Budaya, Pekan Kundasang,Ranau, semalam.

Program yang mendapat kerjasama dari Pejabat Daerah Ranau dan agensi di bawah MOTAC ini merupakan program sentuhan komuniti bertujuan memupuk semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan penggiat seni dan usahawan budaya negeri Sabah. Program ini juga antara lainnya bertujuan untuk mempromosikan seni budaya negeri Sabah khususnya di Kundasang.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam ucapan berkata, matlamat utama program ini adalah untuk menyemarakkan semula aktiviti seni budaya dengan memaparkan kepelbagaian produk seni budaya setempat yang mampu meningkatkan dan memacu semula ekonomi negara.

Dalam program ini terdapat pelbagai aktiviti seni dan budaya yang berbentuk persembahan, pertandingan, demonstrasi dan bengkel muzik bersama komuniti setempat dan pemberian sumbangan kepada persatuan dan penggiat seni budaya tempatan. Setiap aktiviti  dapat memberikan manfaat kepada komuniti, penggiat seni dan usahawan seni budaya tempatan dari segi pendapatan dan pembangunan produk.

Pada majlis yang sama, Nancy turut menyampaikan sumbangan kepada penggiat seni budaya setempat yang yang terjejas akibat daripada pandemik COVID19. Sebanyak tujuh (7) persatuan dan satu (1) galeri dari kumpulan penggiat seni budaya di Kundasang menerima insentif seni berbentuk dana berjumlah RM5,000.00 setiap satu yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM40,000 bagi membangunkan  kembali aktiviti produk seni.

“Insentif ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu penerima bangkit semula menjalankan aktiviti seni budaya seperti menambah baik peralatan muzik, busana tradisional dan sebagainya. Kita memahami bahawa ramai penggiat seni dan NGO seni budaya yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” jelas Nancy.

Beliau turut melancarkan Homestay baharu di Kundasang iaitu Homestay Kampung Stay di bawah pengurusan Walai Tokou Homestay. Antara pengisian menarik program sehari Jejak Budaya@Kundasang adalah Persembahan Khas “Konsert Orkestra Muzik Bamboo dan Kulintangan@Kundasang”.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Gaya HidupHighlightsMY LNASeni dan Budaya

HANYA SATU: “THETA” DI BALAI SENI NEGARA

KUALA LUMPUR – Pameran Hanya Satu di Balai Seni Negara kini membawakan...

AMHighlightsMY LNAPelancongan

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan...

AMMY LNASeni dan Budaya

UMNO Kedah Cadangkan Sambutan Hari Songkran Dimasukkan Dalam Kalendar Tahunan Pelancongan Negeri Kedah

ALOR SETAR, 13 April – UMNO Kedah menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri memasukkan...