Kenyataan Media

Saifuddin ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Sesi Luar Biasa ke-17 Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

66

17 DISEMBER 2021 – Kementerian Luar Negeri (KLN) pada hari ini memaklumkan bahawa Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Sesi Luar Biasa ke-17 Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 19 Disember 2021 di Islamabad, Pakistan. Tambah KLN, Mesyuarat Sesi Luar Biasa ini akan didahului oleh Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan OIC pada 18 Disember 2021.

Menurut KLN lagi, Pengerusi Sidang Kemuncak Islam OIC, Arab Saudi telah menyeru agar Mesyuarat Sesi Luar Biasa ini diadakan untuk membincangkan situasi kemanusiaan di Afghanistan. Justeru, Pakistan telah menawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ini di Islamabad.

“Mesyuarat Sesi Luar Biasa ini akan membincangkan langkah bagi mengurangkan kesan krisis kemanusiaan di Afghanistan dan mekanisme bagi memastikan bantuan sewajarnya dapat dikoordinasikan dengan baik kepada rakyat Afghanistan. Satu Kenyataan Akhir dijangka akan diterima pakai sebagai dokumen hasil mesyuarat tersebut.

YB Menteri Luar Negeri dijangka akan menyampaikan kenyataan negara sewaktu mesyuarat itu. Dalam kenyataan beliau, YB Menteri Luar Negeri akan mengetengahkan keazaman Malaysia untuk membantu situasi kemanusiaan di Afghanistan dan mengesahkan sokongan negara terhadap penyelesaian yang aman dan berkekalan demi kepentingan Afghanistan dan rakyat Afghanistan.

YB Menteri Luar Negeri juga dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Menteri Luar Negeri Pakistan sebelum Mesyuarat Sesi Luar Biasa bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama. Di samping itu, YB Menteri Luar Negeri juga akan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden dan Perdana Menteri Pakistan.” kata KLN.

Mesyuarat Sesi Luar Biasa OIC akan diadakan apabila kepentingan Ummah memerlukannya, untuk mempertimbangkan perkara-perkara mustahak melibatkan Ummah.

“Sebagai ahli pengasas OIC, Malaysia telah mengambil bahagian secara aktif dalam semua inisiatif OIC demi kemaslahatan Ummah.” kata KLN.

Mesyuarat Sesi Luar Biasa ini juga akan diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ketat yang telah diselaraskan oleh Kerajaan Malaysia dan Pakistan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...