Kenyataan Media

MOSTI LANCARKAN PEMASARAN DAN PENJENAMAAN MYSTIE 5.0

79

KUALA LUMPUR 17 DISEMBER 2021 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) hari ini melancarkan Inisiatif Pemasaran dan Penjenamaan MySTIE 5.0 untuk diaplikasikan oleh usahawanusahawan tempatan dalam menginsankan teknologi atau humanising technology.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata semasa ucapan perasmian program Masterclass by Philip Kotler bertajuk ‘Company Decisions and Marketing 5.0’ yang telah diadakan secara maya. Tambah beliau, “Inisiatif Pemasaran dan Penjenamaan MySTIE 5.0 akan memberi tumpuan kepada lima pendekatan iaitu data-driven marketing, predictive marketing, contextual marketing, augmented marketing dan agile marketing sebagai salah satu solusi kepada perniagaan dalam sektor terjejas akibat pandemik COVID-19.”

Menurut data daripada Digital Report 2021, pada bulan Oktober 2021, pengguna internet global mencecah 4.88 bilion. Justeru itu, usahawan yang Berjaya perlu memahami kepentingan data untuk menganalisis trend semasa serta meramal pemintaan dan penawaran oleh pelanggan kerana setiap perniagaan yang diceburi akan bersifat mampan dan future-proof.

“Terdapat pelbagai jenis pemasaran yang dapat membawa pengaruh besar dalam menentukan trend perniagaan antaranya pengiklanan di media sosial, pengunaan data atau duta jenama dan pelbagai lagi kaedah yang sentiasa berubah laju dengan kemunculan pelbagai bentuk pemasaran luar biasa yang dicetuskan hari demi hari,” kata Dr. Adham lagi.

MOSTI yakin pendekatan ini boleh direalisasikan melalui aplikasi teknologi kecerdasan buatan, Machine Learning dan Program Neuro Linguistik yang akhirnya mampu memposisikan sesebuah negara itu ke tahap yang lebih tinggi. “Jika kita lihat di negara Jerman, mereka telah menggunakan teknologi-teknologi yang telah saya nyatakan sebentar tadi dan berjaya memposisikan Jerman sebagai sebuah negara yang mempunyai kualiti tinggi dalam kejuruteraan kepersisan dalam sektor automotif.” Kata Dr. Adham Baba dalam ucapan beliau.

MOSTI akan terus-menerus menawarkan sokongan kepada komuniti usahawan negara ini agar sentiasa berada di hadapan dengan menggunapakai kaedah pemasaran terbaik melalui teknologi dan inovasi terkini. Sekaligus dapat memenuhi matlamat recovery, resilience dan reform serta memahami kehendak pelanggan khususnya dalam situasi pandemik yang mencabar.

Program Masterclass julung kali ini menampilkan Profesor Emeritus Philip Kotler yang merupakan Profesor Ulung Pemasaran Antarabangsa S.C Johnson & Son dari Kellogg School of Management, Northwestern University, Amerika Syarikat. Dikenali sebagai ‘Bapa Pemasaran Moden’ beliau turut mempopularkan definisi ‘Marketing Mix’. Beliau telah menerbitkan lebih 80 buah buku pemasaran antaranya bertajuk Kotler on Marketing, Marketing Insights from A to Z dan Marketing 4.0.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...