Home LUAR BANDAR USANITA – saluran untuk pemulihan perniagaan bagi usahawan wanita luar bandar
LUAR BANDARz10

USANITA – saluran untuk pemulihan perniagaan bagi usahawan wanita luar bandar

KUALA LUMPUR 7 Disember 2021 – Usahawan wanita di luar bandar mempunyai satu lagi saluran untuk pemulihan perniagaan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid19. la menerusi Program USANITA – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang dilancarkan hari ini.


Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, platform khas itu disediakan bagi membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan B40 agar selari dengan arus perniagaan semasa yang berasaskan digital.


“Sebelum ini, dalam usaha memperkasakan usahawan di luar bandar, Kementerian telah memperkenalkan program DesaMall@KPLB bagi membantu golongan berkenaan memasarkan produk secara atas talian. Inisiatif itu adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) jaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluas Pasaran Termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian.” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perintis Usanita, Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB di sini hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri 1 KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamed, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun serta Pengarah Urusan V5, Datuk Mohd Syafiq Abdullah.


KPLB kata Mahdzir, mengambil serius perkembangan dan pembangunan usahawan juar bandar khususnya dalam aspek pemasaran produk mereka secara atas talian yang kini menjadi saluran yang sangat berkesan.
Usahawan di luar bandar tegas beliau, perlu mengambil peluang pemasaran secara digital itu dan tidak boleh ketinggalan dalam meluaskan pasaran produk mereka. Penjenamaan dan pemasaran secara digital bukan sahaja boleh dimanfaatkan di dalam negara, malah melangkau pasaran seluruh dunia yang mampu dicapai menerusi platform atas talian.

“Penjenamaan itu amat penting untuk membina nilai percaya pembeli terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan, kadangkala orang membeli bukan kerana faktor jenama semata-mata, tetapi kerana mereka ingin mengguna dan memerlukan produk itu.Jadi di sinilah pentingnya penjenamaan dan pendigitalan produk usahawan walaupun mereka berada di luar bandar tetapi jualan produknya boleh menembusi pasaran satu dunia.” kata beliau.

Tambah Mahdzir, dalam fasa pemulihan kesan pandemik Covid-19 ini, sudah tiba masanya usahawan luar bandar bangkit semula dengan memperkasakan penjenamaan dan pendigitalan produk keluaran mereka sekaligus memulihkan ekonomi dan pendapatan mereka.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program USANITA – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB, boleh hubungi talian 03-41313041 atau layari laman sesawang  www.usanita.com.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

RM183 Juta Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA 2022

Jelebu, 6 April 2023 – Lebih 70,000 warga peserta FELCRA Berhad menerima...

AMHighlightsKebajikanLUAR BANDARMY LNA

KKDW anjur Majlis Santunan Kasih Ramadan

GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 – Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian...

HighlightsLUAR BANDARMY LNAniaga

KKDW Peruntuk 1.7 Juta Bagi Pelaksanaan Program Pendigitalan Usahawan Desa

PUTRAJAYA, 14 Februari 2023– Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM...

AMLUAR BANDARMY LNAPendidikan

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan...