Home Kenyataan Media Mesyuarat 12th AMRDPE fokus usaha-usaha percepatkan pembangunan semula kawasan luar bandar
Kenyataan Media

Mesyuarat 12th AMRDPE fokus usaha-usaha percepatkan pembangunan semula kawasan luar bandar

26 November 2021 – Mesyuarat Menteri-Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-12 (The 12th ASEAN Ministers Meeting on Rural Development and Poverty Eradication-12th AMRDPE) yang telah diadakan secara atas talian semalam memberi penekanan kepada usaha-usaha bagi mempercepat pembangunan semula kawasan luar bandar dan peningkatan langkah-langkah pembasmian kemiskinan pasca COVID-19. Ia telah dipengerusikan oleh Filipina dan telah dihadiri oleh Menteri/ Timbalan Menteri yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan negara-negara ASEAN.

Menurut Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam satu siaran media yang dikeluarkan semalam, ia merupakan susulan daripada Mesyuarat Pegawai Kanan Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-18 (The 18th Senior Official Meeting on Rural Development and Poverty Eradication-18th SOMRDPE) dan Mesyuarat Pegawai Kanan Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Campur Tiga Ke-14 (The 14th ASEAN + 3 SOMRDPE) yang telah diadakan pada 23 dan 24 November 2021 yang lalu. Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I. Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I.

“Dalam ucapannya YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad telah menekankan mengenai peranan pembangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam memacu pembangunan luar bandar pasca COVID-19. Penekanan akan diberikan untuk memulihkan semula aktiviti ekonomi luar bandar yang terjejas teruk akibat langkah-langkah yang telah diambil untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19.

Selain itu, perhatian juga akan diberikan untuk memperkukuh kepimpinan kampung serta pembangunan belia dan wanita luar bandar bagi meningkatkan keterlibatan dalam perancangan dan pembangunan kampung masing-masing.” kata KPLB.

Tambah KPLB, Malaysia juga berharap kerjasama dalam bidang pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di kalangan negara ASEAN akan terus diperkukuh pada masa akan datang dengan pelaksanaan aktiviti berimpak tinggi termasuklah dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan pihak swasta.

Tema mesyuarat pada kali ini ialah “Accelerating Recovery and Strengthening Resiliency of ASEAN for Sustainable Rural Development and Poverty Eradication” yang memberi penekanan kepada usaha-usaha bagi mempercepat pembangunan semula kawasan luar bandar dan peningkatan langkah-langkah pembasmian kemiskinan pasca COVID-19.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...