Kenyataan Media

KPLB LANCAR PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN 2021-2025

197

PUTRAJAYA, 24 Nov. — Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, menyediakan Pelan Strategik Pendigitalan untuk tempoh lima tahun sebagai ‘Blueprint’ kementerian itu.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pelan strategik 2021-2025 itu merangkumi visi, hala tuju dan rangka pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam usaha KPLB memastikan mandat kesejahteraan masyarakat luar bandar tercapai.

“Teras Strategik Pelan Strategik Pendigitalan ini menunjukkan bahawa peranan KPLB dalam pembangunan luar bandar tidak hanya tertumpu kepada penyediaan infrastruktur, pemerkasaan ekonomi, keusahawanan dan pembangunan modal insan semata-mata.

Malah, peranan Kementerian juga menyokong Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 sebagai pemacu agenda Kerajaan Digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat digital.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi KPLB 2021 dan Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan KPLB 2021-2025 di sini hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri | KPLB Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri |i KPLB, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Pelan strategik itu tambah Mahdzir, menggariskan empat teras utama iaitu Pemantapan Perkhidmatan Digital Bersepadu dan Inklusif, Pengukuhan Infrastruktur Digital Berasaskan Teknologi Terkini dan Selamat, Pemerkasaan Pembudayaan dan Profesionalisme ICT serta Tadbir Urus ICT yang Tuntas Dan Mampan.

Teras strategik itu juga jelas Mahdzir, disokong oleh 14 strategi dan 78 program pendigitalan yang akan disusuli dengan pemantauan berterusan agar sentiasa selari dengan aspirasi kementerian dan kerajaan.

“Selain untuk menterjemahkan aspirasi Kerajaan melalui Pelan Strategik Pendigitalan, ia juga merupakan komitmen Kementerian terhadap usaha menggariskan strategi pelaksanaan transformasi digital bagi menjayakan agenda “Luar Bandar Sejahtera,” katanya.

Mengenai Hari Inovasi KPLB 2021, kementerian kata Mahdzir terus menyokong pembudayaan inovasi dan penggunaan teknologi demi memastikan kelangsungan dalam perkhidmatan awam. la juga sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan dan memberi impak yang besar kepada pembangunan organisasi demi menghasilkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Enam kategori anugerah kualiti dan inovasi dipertandingkan diperingkat KPLB dan agensinya.

Antaranya Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam, Anugerah Pengurusan Aset dan Stor, Anugerah Pengurusan Kewangan.

Anugerah Pengurusan Tadbir Urus Bahagian (Keselamatan Perlindungan), ¢. Anugerah Pengurusan PKD Zon Tengah (Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka) dan Anugerah Keceriaan Kemerdekaan Ibu Pejabat KPLB. Kategori anugerah dipertandingkan bagi mewujudkan persaingan antara agensi selain berkongsi amalan baik dalam perkhidmatan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Photo: YouTube screenshot
Kenyataan Media

Conservative Christians freak out over cute ad featuring a lesbian couple

You need to be logged in to view this content. Please Log...