KAJANG 11 NOVEMBER – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr. Abd Latiff bin Ahmad telah menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Penubuhan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) yang berlangsung di Ibu Pejabat Anggota Perkhidmatan Awam (APM) di sini hari ini. Selain majlis penyerahan sijil penubuhan CDERT Keluarga Malaysia, turut diadakan juga Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang buat warga APM bagi menghargai pencapaian yang cemerlang dikalangan warga APM dalam pekerjaan serta mendorong semangat kecemerlangan dan kualiti setiap warga APM dalam melaksanakan tugasan.
Menurut APM di dalam satu kenyataan media hari ini, objektif Penubuhan CDERT Keluarga Malaysia di Kawasan Parlimen adalah untuk mengiktiraf pasukan CDERT Keluarga Malaysia yang telah terbentuk terutamanya dalam mendidik masyarakat disetiap komuniti Kawasan parlimen sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi bencana mahupun kecemasan, memberikan bantuan aktiviti awal menyelamat dan sokongan pasca-bencana di peringkat komuniti.
“Selain itu, objektif penubuhan CDERT Keluarga Malaysia di Kawasan parlimen ini adalah untuk mengurangkan kadar kerosakan, kehilangan nyawa yang besar dengan menjadikan masyarakat di Kawasan Parlimen yang terlatih dengan ilmu pertahanan awam.
Penubuhan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) berasaskan komuniti ini adalah sebahagian daripada peranan APM iaitu dengan memberikan latihan dan mempersiapkan rakyat mengenai ilmu pertahanan awam seterusnya menjadi ‘”first responder” di peringkat awal sebelum ketibaan agensi penyelamat seperti APM.” katanya.
Dalam majlis tersebut, sebanyak 38 Sijil Penubuhan CDERT Keluarga Malaysia diserahkan oleh Dr. Abd Latiff kepada 14 Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri di Kawasan Parlimen masing-masing. Manakala sebanyak 6 pasukan CDERT Keluarga Malaysia telah ditubuhkan sebelum ini menjadikan keseluruhannya sebanyak 44 pasukan. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Yang Amat Setia KPj. (PA) Roslan bin Wahab, Yang Setia barisan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam setiap Negeri, pegawai dan anggota pertahanan awam yang bertempat di Dewan Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Kajang.
- KPKT UMUM PERUNTUKAN RM5.48 JUTA BAGI PROJEK MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM DI MANJUNG, PERAK
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA FAHMI FADZIL
- BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG
- MALAYSIA SECURES RM23.07 BILLION OF POTENTIAL JAPANESE INVESTMENTS
Leave a comment