Home Kenyataan Media Kerajaan wajibkan pegawai awam Persekutuan ambil dan lengkapkan vaksin – Menteri Tugas-tugas Khas
Kenyataan Media

Kerajaan wajibkan pegawai awam Persekutuan ambil dan lengkapkan vaksin – Menteri Tugas-tugas Khas

10 November 2021 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Dr. Abd Latiff Ahmad berkata bahawa Kerajaan telah mewajibkan semua pegawai awam Persekutuan untuk mengambil dan melengkapkan vaksin COVID-19 Beliau berkata demikian ketika menjawab Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat mengenai penjawat-penjawat awam yang enggan menerima atau belum sedia terima vaksinasi COVID-19 tanpa alasan kukuh setelah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkannya mulai 1 November melalui pekeliling.

“Kerajaan telah mewajibkan semua pegawai awam Persekutuan untuk mengambil dan melengkapkan vaksin COVID-19 telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Bilangan 57 Tahun 2021 (Siri 119) pada 29 September 2021 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Oktober 2021.

Pada 18 Oktober 2021, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam.” jelas beliau melalui satu hantaran di Facebook rasminya semalam.

Jelasnya Pekeliling Perkhidmatan tersebut menetapkan bahawa pada atau selepas 1 November 2021, pegawai boleh diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap dengan cara mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19.

“Mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan Ketua Jabatan boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

Bagi melancarkan pelaksanaan dasar ini, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan apa-apa kaedah yang bersesuaian untuk menguruskan mana-mana pegawai yang tidak mendapatkan atau melengkapkan imunisasi COVID-19 termasuklah mengarahkan pegawai untuk membuat ujian pengesanan COVID-19.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...