Home Luar Negara Malaysia x Indonesia Pastikan Pengambilan Tenaga Kerja Ikut Undang-Undang
Luar Negaraz10

Malaysia x Indonesia Pastikan Pengambilan Tenaga Kerja Ikut Undang-Undang

18 Oktober 2021- Malaysia akan terus bekerjasama dengan Indonesia bagi memastikan pengambilan dan perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) adalah berlandaskan undang-undang negara sedia ada.

Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata Malaysia sentiasa menghargai sumbangan yang diberikan oleh pekerja migran Indonesia kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia.

“Malaysia dan Indonesia sedang membincangkan dua Memorandum Persefahaman berhubung pengambilan dan perlindungan TKI dan PDI iaitu ‘MoU on Recruitment, Employment and Repatriation of Foreign Workers’ dan ‘MoU on the Employment and Protection of Indonesian Domestic Workers in Malaysia’.

“Kita percaya kedua-dua negara boleh mencapai persefahaman dan kesepakatan bagi memuktamadkan MoU-MoU ini dalam masa yang terdekat.

“Malaysia juga akan terus bekerjasama dengan Indonesia dalam memastikan anak-anak pekerja migran Indonesia mempunyai akses kepada pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujarnya, Malaysia bersedia untuk memuktamadkan segmen di Selat Melaka.

“Malaysia juga berpandangan segmen di Laut Wilayah Sulawesi boleh dicapai sekiranya rundingan pembatasan sempadan maritim diteruskan untuk menyelesaikan isu full breadth of territorial sea.

“Dalam hal ini, Malaysia percaya kedua-dua negara boleh mencapai persefahaman untuk memuktamadkan kedua-dua segmen tersebut.

Untuk rekod, LNA melaporkan Saifuddin mengadakan Lawatan Rasmi ke Jakarta, Republik Indonesia dari 17 hingga 20 Oktober 2021.

Lawatan Rasmi ini mencerminkan hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara jiran terdekat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

KHASPolitikPRU15z10

MAHDZIR Yakin Dapat Pertahan Kerusi Parlimen Padang Terap

KUALA NERANG, 5 November 2022 – Penyandang kerusi Parlimen Padang Terap, Datuk...

PolitikPRU15z10

Tan Sri Rozali Ismail dan GWGF beri sokongan penuh kepada Barisan Nasional

SHAH ALAM, 4 November 2022 – Presiden, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)...

KHASPolitikPRU15z10

Mahdzir Seru Ahli Umno Di Semua Peringkat Rapatkan Saf Hadapi PRU15

KUALA NERANG, 3 November 2022 – Kepimpinan UMNO di semua peringkat termasuk...

AMKHASz10

Pemodenan aset ketenteraan adalah keperluan kukuhkan keselamatan di perairan Laut China Selatan

BEAUFORT, 28 Oktober 2022 – Malaysia perlu meningkatkan keupayaan pertahanan dengan pemodenan...