Home z10 Malaysia x Indonesia, Menteri Luar Negeri Bertemu Presiden Indonesia
z10

Malaysia x Indonesia, Menteri Luar Negeri Bertemu Presiden Indonesia

17 Oktober 2021 – Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah mengadakan Lawatan Rasmi ke Jakarta, Republik Indonesia dari 17 hingga 20 Oktober 2021.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Saifuddin akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia, TYT Joko Widodo, dan bertemu dengan Menteri Luar Negeri Republik Indonesiarakan sejawat, PYT Retno L.P. Marsudi.

“Lawatan Rasmi ini mencerminkan hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara jiran terdekat.

“Ia juga akan memberi peluang bagi kedua-dua pihak untuk menerokai kerjasama baharu dalam fasa pemulihan pasca pandemik serta membincangkan usaha-usaha bagi menangani cabaran serantau dan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin juga turut dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung ASEAN, TYT Dato’ Paduka Lim Jock Hoi, dan akan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Perwakilan Tetap ASEAN.

“Program-program lawatan yang lain termasuk sesi forum interaktif bersama Universitas Paramadina dan Foreign Policy Community of Indonesia (FPCI), perjumpaan dengan Kamar Dagang Indonesia (KADIN) dan pertemuan dengan pelajar dan diaspora Malaysia di Jakarta,” jelasnya.

Lawatan ini dirancang dan dilaksanakan selaras dengan tatacara-tatacara dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 seperti ditetapkan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

KHASPolitikPRU15z10

MAHDZIR Yakin Dapat Pertahan Kerusi Parlimen Padang Terap

KUALA NERANG, 5 November 2022 – Penyandang kerusi Parlimen Padang Terap, Datuk...

PolitikPRU15z10

Tan Sri Rozali Ismail dan GWGF beri sokongan penuh kepada Barisan Nasional

SHAH ALAM, 4 November 2022 – Presiden, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)...

KHASPolitikPRU15z10

Mahdzir Seru Ahli Umno Di Semua Peringkat Rapatkan Saf Hadapi PRU15

KUALA NERANG, 3 November 2022 – Kepimpinan UMNO di semua peringkat termasuk...

AMKHASz10

Pemodenan aset ketenteraan adalah keperluan kukuhkan keselamatan di perairan Laut China Selatan

BEAUFORT, 28 Oktober 2022 – Malaysia perlu meningkatkan keupayaan pertahanan dengan pemodenan...