Ekonomi @ My LNAParlimen @ My LNA

Sektor perkilangan sumbang 93.1 peratus FDI

111

27 September 2021 – Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan bahawa sektor perkilangan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu RM58.2 bilion atau 93.1 peratus daripada jumlah kelulusan pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment – FDI). Tambah beliau sektor perkhidmatan dan utama pula masing-masing mencatatkan pelaburan sebanyak RM2.16 bilion atau 3.5 peratus dan RM2.15 bilion atau 3.4 peratus.

Kata Azmin ketika menjawab soalan lisan di Parlimen hari ini, Kerajaan akan terus mengambil tiga pendekatan utama seperti berikut dalam mencerdaskan ekonomi negara.

“Pertama, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebagai pemangkin untuk membuka semula ekonomi secara selamat dan bersistematik. Sebagai langkah tambahan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dilindungi, MITI telah menerajui pelaksanaan Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang bertujuan mempertingkatkan kadar vaksinasi pekerja sektor pembuatan. Sehingga 25 September 2021, sebanyak 1.06 juta pekerja telah diberi temujanji di bawah PIKAS yang mana 1,000,826 pekerja telah diberikan dos pertama manakala 899,626 pekerja mendapat imunisasi penuh.

Kedua, Kerajaan juga akan terus memperkukuhkan asasasas ekonomi negara melalui pelaksanaan dasar-dasar oerdagangan dan pelaburan yang terbuka, telus, serta mesraperniagaan, atau business-friendly. Ini termasuklah usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh Kerajaan bagi meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Ketiga, Malaysia akan terus mensasarkan pelaburan berkualiti tinggi, berorientasikan teknologi termaju, berpandukan Aspirasi Pelaburan Nasional atau dengan izin, National Investment Aspiration (NIA) yang turut memberi fokus kepada kelestarian jangka masa panjang, dengan menekankan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (Environment, Social and Governance – ESG). Di samping itu, Kerajaan juga akan turut memfokuskan kepada sektor pertumbuhan ekonomi baharu yang dikenal pasti seperti ekonomi digital, halal dan aeroangkasa.” kata Azmin.

Kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi, pembaharuan kepada agenda pelaburan ini melibatkan lima (5) teras utama iaitu, meningkatkan economic complexity; mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi; memperluaskan rangkaian domestik; membangunkan kluster baharu dan sedia ada; serta mempertingkatkan keterangkuman. NIA akan memberi fokus kepada sektor yang mempunyai potensi ekonomi yang signifikan dan lestari dalam jangka masa panjang, dengan penekanan yang lebih terhadap elemen ESG.

“Dalam mengoperasikan usaha ini, Kerajaan antara lain akan memberi keutamaan kepada pembangunan industri pengeluaran kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV) termasuk EV dengan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memperkukuhkan ekosistem EV. Ini termasuk pembuatan komponen kritikal, penetapan standard bagi menyokong ekosistem EV dan mengalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk membangunkan teknologi
tempatan.” ujar Azmin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...