Pelancongan @ My LNA

MOTAC: RM3,000 Bantu Syarikat Pengendalian Pelancongan

220

27 September 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi bantuan kewangan berjumlah RM3,000 kepada Syarikat Pengendalian Pelancongan yang berlesen sebagai pendorong atau kick-start kepada Syarikat Pengendalian Pelancongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Kementerian menyeru Syarikat pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC yang tidak pernah menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) untuk mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan kepada pihak Kementerian.

“Bantuan kewangan ini adalah merupakan bantuan kali kedua kepada Syarikat Pengendalian Pelancongan di mana Kementerian melalui Inisiatif PEMERKASA telah memberikan bantuan kewangan RM3,000 kepada syarikat yang layak.

“Syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan yang telah menerima bantuan kewangan RM3,000 di bawah inisiatif PEMERKASA adalah layak secara automatik bagi bantuan f Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan tidak perlu membuat permohonan,” jelasnya.

Sehubungan itu, individu berkenaan boleh melayari laman sesawang rasmi MOTAC di http://motac.gov.my/pemulihmotac2021 atau menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles