Home Pendidikan 8,077 CALON DUDUKI PEPERIKSAAN SPMU 2021
Pendidikan

8,077 CALON DUDUKI PEPERIKSAAN SPMU 2021

19 September 2021 – Seramai 8,077 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2021 di 201 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan peperiksaan (SPMU) tahun 2021 akan dilaksanakan pada 21, 22 dan 23 September ini.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPMU tahun 2021, seramai 1,568 petugas peperiksaan telah dilantik” ujar LP dalam kenyataan media hari ini.

“Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my

LP turut mengingatkan calon supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan. “Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah yang terkini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19. LP memaklumkan garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPendidikan

Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Bersama Industri 2023

ARAU, 10 Mac 2023 – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah mengadakan...

AMMY LNAPendidikan

Institusi Tvet@Kkdw Jalin Usaha Sama Dengan Rakan Industri

SUBANG, 23 Februari 2023 – Komitmen Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)...

AMHighlightsMY LNAPendidikanTeknologi

PLANETMAHIR Lancar Aplikasi Kecerdasan Buatan (Ai), Sedia Ke Pasaran Global

PETALING JAYA, 14 Februari 2023 – Planetmahir Sdn Bhd, syarikat penyedia platform...

MY LNAPendidikan

Industy Education Centre (IEC) Sebagai Pusat Sehenti Kepada Pihak Industri

PORT DICKSON, 3 Februari 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti...