Kenyataan Media

56% Populasi Malaysia Lengkap Divaksin – CITF

100

19 September 2021 – Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencapai imuniti kelompok menjelang Oktober ini.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 dalam kenyataan media hari ini memaklumkan pihaknya akan memfokuskan di negeri-negeri yang masih mencatatkan kadar vaksinasi yang lebih rendah iaitu Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Sabah.

“Malaysia telah merekodkan 78.2 peratus daripada populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi. Ini menunjukkan, hanya 1.8 peratus sahaja lagi untuk mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi sebagai sasaran yang ditetapkan sebelum ini.

“Sementara itu, 93.1 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya dos satu. Secara keseluruhan, 56 peratus daripada keseluruhan populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, manakala 67.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya dos satu.

CITF berkata liputan vaksinasi di kebanyakan negeri di seluruh negara ketika ini berada di landasan yang baik terutamanya di Sarawak, Labuan dan di Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Justeru, trend penurunan dapat dilihat dalam kadar vaksinasi semasa negara ketika ini jika dibandingkan dengan sebelum ini yang mana sebahagian besarnya di Lembah Klang yang mempunyai kapasiti harian yang tinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Penurunan kadar vaksinasi harian ini bukan bermakna usaha vaksinasi diperlahankan, sebaliknya lebih tertumpu kepada negeri dan kawasan tertentu termasuk bagi menyasarkan kumpulan yang tercicir.

CITF menambah usaha pihaknya menerusi vaksinasi jangkauan luar yang dijalankan mengambil masa yang lebih panjang serta tiada bilangan besar penerima vaksin yang dicatatkan secara harian sebagaimana vaksinasi dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bersaiz besar.

“Kadar vaksinasi negara yang dicatatkan sehingga semalam adalah sebanyak 232,559 suntikan dos dengan jumlah terbesar diberi di Sabah, Johor dan Lembah Klang. Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis merekodkan vaksinasi terendah susulan liputan vaksinasi yang terus meningkat di sana.

CITF berkata usaha vaksinasi walk-in juga giat dilaksanakan di seluruh negara khususnya bagi mereka yang mempunyai kekangan akses capaian internet dan tanpa telefon pintar.

“Inisiatif sebegini diperlukan bagi meningkatkan ketercapaian kepada segmen masyarakat yang kurang akses.

“Mengikut data semasa, 93.7 peratus populasi dewasa Malaysia telah mendaftar bagi PICK iaitu bersamaan dengan lebih kurang 21.9 juta penduduk. Dalam pada itu, seramai lebih kurang 21.8 juta penduduk dewasa Malaysia telah pun menerima sekurang-kurangnya dos satu.

CITF turut menjelaskan bilangan individu yang telah divaksinasi sudah semakin mencapai jumlah yang berdaftar.

“Kebanyakan negeri juga telah merekodkan kadar berlebihan melalui pemvaksinan individu bukan pemastautin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...