17 September 2021- Kita harus gunakan waktu Covid-19 ini untuk merancang program diplomasi kebudayaan yang tersusun, terarah dan disertakan dengan peruntukan yang mencukupi kata Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook peribadinya, beliau tertarik dengan salah satu fokus Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah iaitu diplomasi kebudayaan.
“Diplomasi kebudayaan ini adalah salah satu elemen penting jika kita mahu meningkatkan soft power Malaysia di mata dunia.
“Diplomasi kebudayaan boleh difahami sebagai pengunaan dan pertukaran idea, tradisi, dan pemikiran antara negara bangsa. Ia boleh dijelmakan dalam bentuk pertukaran delegasi antara negara, aktiviti kebudayaan, percambahan idea dan lain-lain lagi yang boleh memperkenalkan cara hidup kita kepada dunia,” tulisnya.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan alangkah baik jika ada program yang boleh menyaingi program diplomasi budaya yang terkenal seperti Fulbright Fellowship (Amerika Syarikat) dan Chevening (United Kingdom) selepas sempadan antarabangsa dibuka semula.
“Negara kita mempunyai banyak perkara yang boleh dikongsi dengan dunia, termasuklah cara kita menguruskan kepelbagaian kaum dan agama, kekayaan adat resam, kejayaan pembangunan ekonomi, dan juga usaha pemulihan negara daripada kesan wabak Covid-19.
“Jika disusun dengan baik dan berstrategi, serta dirancang dari sekarang untuk dimasukkan sebagai salah satu agenda Belanjawan 2022, saya percaya kita boleh lakukannya,” katanya.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang