Home MY LNA Ekonomi @ My LNA Perkukuhkan Ekonomi, Agih Kekayaan Negara Secara Saksama – Azmin Ali
Ekonomi @ My LNA

Perkukuhkan Ekonomi, Agih Kekayaan Negara Secara Saksama – Azmin Ali

17 September 2021 –Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun merupakan manifestasi kepada kemenangan dan kemerdekaan dalam usaha membina sebuah negara bangsa yang berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya.

Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Malaysia yang merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian perlu mendakap kerencaman sebagai kekuatan kolektif untuk terus memperkukuh agenda pembangunan bangsa.

“Keterangkuman dan inklusiviti perlu menjadi nilai utama demi memupuk perpaduan, kemesraan, sikap saling mengenali dan menghargai antara satu sama lain”, ujar beliau menerusi perutusan Hari Malaysia hari ini.

Beliau menambah prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen perlu diamalkan manakala kebebasan dan keadilan adalah asas kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Mengenai pembangunan negara, Azmin berkata Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dijadikan sebagai dasar pembangunan negara.

“Cabaran hari ini adalah untuk memperkukuh integrasi ekonomi dengan merancakkan pertumbuhan hingga ke seluruh desa dan kawasan pendalaman.

“Kita perlu menjana kekayaan dan memastikan pengagihan yang saksama agar semua lapisan masyarakat khususnya golongan miskin dan terpinggir mengecapi nikmatnya.

Beliau menambah usaha kerajaan persekutuan secara aktif akan akan bekerjasama secara aktif dengan kerajaan-kerajaan Negeri untuk memacu pertumbuhan yang rancak dan mampan.

Selain  itu, beliau turut menyentuh mengenai  kekayaan negara adalah rakyatnya  yang yang memiliki upaya dan produktif.

“Kerajaan akan terus mempergiat inisiatif untuk capacity building melalui latihan kemahiran tinggi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) demi membangun guna tenaga yang berwibawa untuk menjayakan transformasi Revolusi Industri 4.0.

“Pembangunan bangsa bukanlah satu projek singkat atau bertempoh. Bahkan ianya merupakan proses berterusan dengan pembaharuan dan inovasi.

Beliau berkata menerusi pembangunan bangsa, rakyat akan terus diberdayakan selaras dengan hak-hak yang termaktub dalam perlembagaaan sekaligus memperkasa martabat diri serta menikmati kemakmuran yang dikongsi bersama.

Menerusi ucapannya juga, Azmin turut menyeru supaya rakyat Malaysia menggilap semangat patriotisme dan menggembleng kekuatan kolektif demi meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam arena global selain mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara serta tekad terus menjunjung cita – cita Malaysia sebagai bangsa yang satu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

Ekonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

Kaji impak penetapan gaji minimum pekerja terhadap peningkatan produktiviti

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Konsep gaji minimum merupakan satu elemen yang...

Ekonomi @ My LNAMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mempertingkat kualiti kehidupan PPR bukan dengan melambak pembinaan rumah kos rendah

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Rumah seharusnya adalah sebagai tempat kediaman yang...

AMEkonomi @ My LNAMY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN laksanakan dua komponen khusus Program Penyeragaman Harga

KUALA LUMPUR, 9 November 2023 – Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan...

AMEkonomi @ My LNAMY LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

KPDN tambah Program Jualan RAHMAH (PJR) di Sabah, Sarawak dan Labuan

BEAUFORT, 5 November 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...