Home LUAR BANDAR KPLB Sasar Imuniti Kelompok Orang Asli Oktober Ini- Abdul Rahman
LUAR BANDAR

KPLB Sasar Imuniti Kelompok Orang Asli Oktober Ini- Abdul Rahman

12 September 2021 – Penggunaan vaksin jenis CanSino telah mula diberikan kepada masyarakat orang asli dan penduduk di kawasan pedalaman yang mempunyai cabaran dari segi logistik bulan ini.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata , seramai 4215 orang dari kalangan masyarakat Orang Asli telah menerima vaksin Cansino yang menggunakan 1 dos.

“Program (vaksin) ini dijangkakan akan berterusan sepanjang bulan September dan Oktober 2021 bagi menyelesaikan jumlah masyarakat Orang Asli yang masih belum mendapat akses kepada bekalan vaksin” ujar beliau ketika hadir bagi menyaksikan Misi Vaksinasi Orang Asli Pedalaman di Lipis hari ini.

Misi yang dilaksanakan oleh KPLB ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang menerusi penggunaan helikopter Unit Udara Bomba dalam menghantar vaksin ke kawasan pedalaman.

Mengenai imuniti kelompok di kalangan masyarakat orang asli, Abdul Rahman komited dalam memastikan sasaran tersebut dapat dicapai pada Oktober ini.

Beliau berkata misi yang akan dilaksanakan sepanjang 4 hari ini akan menyasarkan pemberian vaksin kepada lebih 1000 orang asli di Pos Lejang, Pos Titom dan Pos Sinderut di Cameron Highlands.

“Inisiatif dari Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lipis selari bersama konsep Keluarga Malaysia.

“Selain itu, ini menunjukkan komitmen kerajaan pada tahap yang tertinggi dalam memastikan tiada lapisan masyarakat diabaikan dalam mencari jalan keluar dari kesan wabak pandemik Covid-19 ini”, ujar beliau lagi.

Beliau turut berterima kasih kepada pengurusan JAKOA dan pegawai serta anggota kesihatan yang bertungkus lumus menjayakan misi ini di peringkat nasional.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

RM183 Juta Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA 2022

Jelebu, 6 April 2023 – Lebih 70,000 warga peserta FELCRA Berhad menerima...

AMHighlightsKebajikanLUAR BANDARMY LNA

KKDW anjur Majlis Santunan Kasih Ramadan

GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 – Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian...

HighlightsLUAR BANDARMY LNAniaga

KKDW Peruntuk 1.7 Juta Bagi Pelaksanaan Program Pendigitalan Usahawan Desa

PUTRAJAYA, 14 Februari 2023– Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM...

AMLUAR BANDARMY LNAPendidikan

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan...