Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Tiada Surelawan Positif COVID-19 Bantu Mangsa Banjir

58

25 Ogos 2021- Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat tegas Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.

Hal ini berikutan, JKN menafikan dakwaan mesej tular di aplikasi Whatsapp yang kononnya terdapat beberapa kes positif COVID-19 dalam kalangan sukarelawan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai misi bantuan kepada mangsa fenomena kepala air di Yan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengarah Kesihatan Kedah menjelaskan mesej tular berkenaan turut menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan ujian saringan dan mendapati lebih kurang 500 orang positif COVID-19 di Yan

“Mesej berkenaan adalah palsu dan kami tidak membuat sebarang ujian saringan kepada mereka,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member