Luar Bandar @ My LNA

Felcra Agih RM 78.4juta Libatkan 63,353 Peserta

400

20 Ogos 2021 – FELCRA Berhad (“FELCRA”) hari ini mengumumkan keuntungan Interim 1/2021 berjumlah RM 135,150,747.66,bagi tempoh kewangan 1 Januari 2021 hingga 30 April 2021 untuk projek-projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) FELCRA.

Keuntungan yang dijanakan adalah 146% atau RM80,222,647.66 lebih tinggi berbanding dengan keuntungan yang direkodkan dalam interim yang sama pada tahun 2020, iaitu RM54,928,100.00.

Dalam kenyataan media hari ini, Felcra Berhad berkata, daripada jumlah keuntungan tersebut, sejumlah RM 74,307,892.49 akan diagihkan sebagai Agihan Interim 1/2021 secara berperingkat bermula 23 Ogos 2021 ini, kepada 63,353 Peserta dari 656 projek yang mencatatkan keuntungan.

“Manakala, Agihan Bulanan berjumlah RM4,167,974.52 telah dibayar untuk tempoh Januari hingga April 2021, menjadikan jumlah besar bayaran Agihan Interim 1/2021 tercatat sebagai RM78,475,867.01.

“Seperti tahun- tahun sebelum ini, baki Lebihan Keuntungan akan dibayar bersama Agihan Akhir tahun 2021 setelah penyelarasan akaun dan tabungan dibuat.

Dalam pada itu, Pengerusi Felcra Berhad, Tuan Haji Yamani Hafez Musa berkata, meskipun negara terus mengalami pelbagai kekangan akibat pandemik Covid-19, pihaknya dan warga kerja FELCRA telah berjaya melaksanakan tanggungjawab untuk menjanakan pendapatan yang optimal bagi Projek Peserta.

Beliau berkata, komitmen tersebut serta dorongan harga komoditi yang lebih tinggi menghasilkan bayaran keuntungan yang lebih positif berbanding Interim 1/2020.

“Bagi tempoh Januari hingga April 2021, dari jumlah keuntungan yang dijanakan, RM78.4 juta diagihkan kepada Peserta yang layak berbanding agihan RM30.3 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2020.

“Jumlah ini termasuk Agihan Bulanan yang telah dibayar bagi tempoh Januari hingga April 2021.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UPSI hulur bantuan persekolahan, terajui pendidikan bitara bagi masyarakat orang asli

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi, Mohamad Naqiuddin & Nur Sabrina SLIM...

AMBelia & My LNABM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

KKDW peruntukkan sebanyak RM5.41 juta kepada Golongan Belia di Negeri Johor

JOHOR – Program Belia Desa Madani @KKDW yang diadakan pada Jumaat lepas...

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

Pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tanda sokongan negara terhadap resolusi UN

Bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang...