18 Ogos 2021 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memastikan pembangunan luar bandar terus dilaksanakan selain kesejahteraan rakyat di luar bandar akan ditingkatkan dalam mendepani impak pandemik Covid-19.
Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus berkata, bagi tujuan tersebut KPLB akan memastikan program luar jangkauanvaksinasi COVID-19 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi mencapai sasaran imunisasi kelompok di luar bandar.
Selain itu juga, Ahmad Jailani berkata kesemua 1,165 program pembangunan untuk memulih dan merancakkan ekonomi di luar bandar akan diteruskan.
“Sebanyak RM5.78b akan diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur, ekonomi dan pemerkasaan modal insan luar bandar”, ujar beliau dalam kenyataan media.
Ahmad Jailani menambah KPLB juga akan seiring dengan Tekad Perkhidmatan Awam seperti yang dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali yang akan kekal komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan Negara.
“KPLB termasuk jabatan dan agensi di bawahnya yang berurusan secara langsung dengan rakyat akan terus mendukung konsep neutrality dan government of the day dalam melaksanakan semua dasar yang telah diluluskan dengan penuh dedikasi.
“Warga KPLB juga akan sentiasa memastikan amanah terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat khususnya di luar bandar seiring dengan moto Luar Bandar Sejahtera”, ujar beliau lagi.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang