17 Ogos 2021- Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MDEC), Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan penghargaan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MDEC sepanjang berkhidmat menjadi ahli Jemaah Menteri.
Jelasnya, banyak tumpuan telah diberikan dalam usaha membantu peniaga–peniaga kecil, terutamanya golongan informal, kerana mereka inilah kumpulan yang amat terkesan akibat COVID-19.
“Dalam usaha ini, saya sentiasa memastikan Kementerian saya, dan agensi di bawahnya, memperbaiki kualiti perkhidmatannya bukan sahaja untuk menjadi lebih efisien, malah supaya lebih mesra pelanggan dan mesra rakyat.
“Alhamdulillah, selama setahun lebih menjadi menteri, banyak juga pembaharuan, reforms dan penambahbaikan yang telah saya realisasikan di dalam MEDAC dan agensinya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Mengulas lanjut, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin telah melakukan yang terbaik terutama dalam menangani penularan pandemik Covid-19 di negara ini termasuk dalam mempercepatkan program imunisasi kebangsaan, dan usaha ini sudah pun menampakkan hasil.
“Saya amat berharap sesiapa sahaja yang dilantik memegang portfolio Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas ini akan terus komited memperkasakan keusahawanan negara.
“Sesungguhnya golongan usahawan dan koperasi menaruh sepenuh kepercayaan dan harapan kepada Kementerian bagi menyokong dan menjadikan impian mereka kepada realiti terutamanya dalam bidang keusahawanan,” katanya.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment