Muzik & Hiburan @ My LNA

Tidak Tolak Rezeki, Ernie Gembira Duet Bersama Hafiz Suip

90

6 Ogos 2021- Penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri tidak menolak rezeki untuk bergiat dalam bidang lakonan.

Ernie yang sebelum ini pernah membintangi drama bersiri Suri Katriana berkata, beliau akan memilih genre yang lebih ringan kerana ingin memperbaiki mutu lakonannya.

“Bukan nak tolak rezeki, sebab saya rasa setakat ini banyak lagi harus saya belajar tapi saya tidak menolak rezeki yang baik untuk kerjaya saya.” katanya sewaktu dihubungi.

Disoal mengenai duet beliau bersama penyanyi Hafiz Suip menerusi lagu Berakhirlah Pencarianku untuk sebuah projek drama, Ernie menzahirkan rasa gembira dapat berkerjasama dengan juara Akademi Fantasia musim tujuh itu.

“Saya ada keluar single dengan Syamel, Goodbye Hello jadi pada masa itu, saya kena ambil masa berfikir sekejap sebab single utama adalah bersama Syamel tetapi bila dikhabarkan ini adalah projek OST drama dan akan dirilis dua tiga bulan selepas Goodbye Hello, jadi saya terus setuju ini adalah ‘marketing’ bagus untuk saya.

“Sebenarnya lagu Berakhirlah Pencarianku ini seharusnya dikeluarkan dengan promosi besar-besaran tetapi kita harus ikut kepada produksi drama yang mahukan lagu ini dikeluarkan seiring dengan drama tersebut,” kongsi Ernie.

Penyanyi Gundah itu yang baru melangsungkan perkahwinan bersama penyanyi Syamel Mac lalu berkata, beliau akan tetap meneruskan bidang nyanyian dan tidak ada istilah ‘slow down’ (perlahankan) karier seni tetapi beliau tidak menolak rezeki untuk memberi tumpuan kepada alam rumah tangga.

“Sekarang saya dan Syamel sangat aktif dalam dunia nyanyian kerana kami mencari rezeki dalam bidang ini, tetapi untuk single solo yang akan datang, saya perlu lihat ‘timing’ yang baik untuk merakamkan lagu baru mungkin selepas ‘lockdown’ supaya saya dapat fokus kepada promosi,” ujar Ernie.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Inteam Digital Meriahkan Ramadan dan Syawal dengan Penerbitan Album Quran, Nasyid dan Zikir

Sebagai salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital pastinya tidak...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang Ziana Zain Pikat CSA Academy Lantik Sebagai Duta Rasmi

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kisah Asma’ Sentuh Hati Mateen

Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Bunkface mendedahkan Single Terbaru Mereka “Hilang”

Kumpulan sensasi punk rock Malaysia, Bunkface, bersedia untuk memukau penonton sekali lagi...