AMPolitik @ My LNA

31 Ahli Parlimen BN Sokong Kerajaan, Fokus Selesai Masalah Rakyat – Ismail Sabri

75

6 Ogos 2021 – Seramai 31 orang Ahli Parlimen hari ini menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. 

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata tindakan tersebut juga adalah selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya undi percaya kepada Perdana Menteri dilaksanakan pada sidang parlimen September ini. 

“Pendirian kami adalah ahli-ahli parlimen menjunjung kasih dan menjunjung titah YDPA yang memperkenankan kerajaan hari ini meneruskan perkhidmatannya dan menentukan keabsahan kerajaan di parlimen. 

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga bersetuju dan memberi perkenan supaya usul undi percaya dibentangkan di parlimen dan ahli parlimen boleh menentukan pendirian sama ada menyokong atau tidak menyokong”, ujar beliau menerusi sidang media hari ini. 

Beliau menambah bahawa Istana Negara tidak lagi menerima surat akaun bersumpah berhubung perkara berkaitan sokongan kepada kerajaan. 

“Sebagai ahli parlimen yang setia, kami akan patuh dengan titah YDPA supaya perkara yang berkaitan kerajaan perlu diselesaikan di parlimen. 

Ismail turut menegaskan beliau dan ahli parlimen lain akan memberi fokus dan tumpuan membantu kerajaan menyelesaikan isu pandemik Covid-19 dan isu ekonomi rakyat yang terjejas dan terkesan akibat pandemik tersebut selain turut berpendirian dengan perbuatan meninggalkan kerajaan secara tergesa-gesa tidak bertanggungjawab. 

Beliau turut berkata bahawa sebagai ahli yang setia kepada parti, adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli parlimen yang berada dalam kerajaan untuk terus berkhidmat 

Ismail Sabri turut enggan mengulas pertemuan bersama Dato’ Sri Najib Tun Razak malam tadi memandangkan beliau merupakan Pengerusi Penasihat Barisan Nasional serta bekas Perdana Menteri. 

Mengenai surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh UMNO, beliau memaklumkan perkara tersebut masih belum dibincangkan sesama ahli parlimen yang menyokong kerajaan. 

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Dato’ Saravanan mempersoalkan hala tuju Barisan Nasional sekiranya keluar daripada PN. 

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai kepimpinan MIC untuk menjelaskan kepad akar umbi berhubung hala tuju BN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...