Politik @ My LNA

AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

755
  1. Kami berpendapat bahawa pernyataan daripada Pejabat Perdana Menteri bertarikh 29, July 2021 adalah suatu penghinaan terhadap DYMM Tuanku dengan mengandaikan Istana tidak mengerti akan peruntukan Perlembagaan terutama di waktu Darurat ini.
  2. Oleh itu, kami memohon agar DYMM Tuanku bertindak tegas dan sewajarnya bagi menghentikan retorik dan kekalutan pihak kerajaan sekarang bagi menegakkan benang yang basah.
  3. Kami yakin bahawa selagi teguran atau tindakan tegas tidak diambil, kerajaan ini bersedia untuk mempertahankan kedudukan mereka tanpa berundur sedikit pun, walaupun terpaksa bertegang urat dengan Istana.
  4. Penyelesaian politik tidak akan dapat dicapai melalui jalan yang ditempuh sebelum ini, kerana sokongan majoriti tidak mungkin tercapai di waktu ini.
  5. Maka kami berpendapat satu-satunya jalan penyelesaian sekarang adalah dengan mengenepikan kepentingan politik semua pihak dan menubuhkan suatu badan pentadbiran yang bebas politik seperti Majlis Gerakan Negara bagi mentadbir negara dalam jangkamasa terdekat dan sehingga pilihanraya yang dapat mengembalikan majoriti 2/3 bagi mana-mana pihak.
  6. Kami yakin bahawa hanya melalui tindakan ini dapat dikembalikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara bagi memulakan tempoh bagi rakyat dan negara ini sembuh dari kemelut 18 bulan terakhir ini.

Tariq Ismail
MEP Pejuang

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...