Politik @ My LNA

Kuasa Budi Bicara YDPA Terhad Kepada 3 Perkara – Gopal Sri Ram

931

30 Julai 2021 – Di bawah Perkara Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan  memperuntukkan Yang Dipertuan Agong hendaklah mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

Pandangan ini diutarakan oleh Gopal Sri Ram, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang diminta mengulas berhubung kemelut pembatalan proklamasi darurat menerusi sidang parlimen minggu ini serta kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara dan Perdana Menteri berhubung perkara ini.

Beliau mengulas perkara ini ketika diwawancara oleh sebuah portal berita dalam talian.

Menurut Gopal lagi, kerajaan sememangnya mempunyai kuasa untuk menamatkan perintah darurat manakala kuasa budi bicara Yang Dipertuan Agong yang jelas termaktub dalam Artikel 40(2) Perlembagaan Persekutuan terhad kepada 3 perkara sahaja.

Beliau berkata tiga perkara budi bicara ini jelas termaktub dalam Artikel 40(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik seorang Perdana Menteri, tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen dan meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu.

“Tiada pilihan lain. Agong mesti bertindak mengikut nasihat Kabinet. Itu menjawab semua persoalan anda,” katanya yang dipetik menerusi portal berita tersebut.

“Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu,” kata klausa 1A Artikel 40 dalam Perlembagaan.

Sri Ram yang merupakan bekas hakim turut pernah mengendalikan kes berprofil tinggi melibatkan bekas pemimpin kerajaan dan pembangkang yang turut sedang dibicarakan di mahkamah selain pernah menghakimi lebih 800 kes mahkamah.

Beliau turut mengulas Artikel 150(3) yang mengatakan proklamasi darurat mesti dibentangkan di Dewan Rakyat da Dewan Negara tidak dituruti.

Katanya, sebarang proklamasi perlu dibentangkan di Parlimen mengikut Perlembagaan hanya apabila ia bersidang.

“Jadi apabila sidang Parlimen ditangguhkan, darurat boleh diteruskan,” ujarnya berhubung persoalan mengenai keabsahan undang-undang darurat yang dikuatkuasakan ketika ini walaupun proses Parlimen tidak berjalan.

Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja sebelum ini menitahkan kerajaan supaya membahaskan proklamasi darurat di Parlimen.

Sesetengah pemimpin politik menggangap kerajaan telah kehilangan majoriti susulan beberapa pemimpin politik menarik sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lantaran itu, kerajaan menggunakan proklamasi darurat bagi mengawal pandemik Covid-19 selain menghalang Pilihanraya Negeri Sarawak dari diadakan berikutan penggal pentadbiran kerajaan sedia ada tamat pada Jun yang lepas. 

Pengkritik kerajaan menyifatkan langkah menggunakan proklamasi darurat adalah bagi mewajarkan Perdana Menteri untuk terus berkuasa.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...