AM

NPGRP Bantu Pulih Ekonomi Negara – KSN

72

30 Julai 2021 – Malaysia dijangka mampu meningkatkan produktiviti dan seterusnya menyumbang pemulihan ekonomi menerusi Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan.

Pelancaran dasar tersebut disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) melalui Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021 yang berkuatkuasa pada 22 Jun 2021.

“Kerajaan komited melaksanakan Amalan Baik Peraturan dan semua Kementerian dan Agensi Kerajaan Persekutuan perlu mematuhi Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021 berkaitan Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP)”.

“Pelaksanaan NPGRP akan memperkasa pertumbuhan produktiviti yang pesat dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara”, ujar Mohd Zuki menerusi teks ucapan beliau.

Pekeliling Amalan Baik Peraturan ini mengandungi prinsip dan proses untuk menjamin tiada beban peraturan yang tidak wajar dan memastikan kos pematuhan peraturan yang adil serta objektif peraturan yang jelas seperti melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat tercapai.

Peraturan yang berkualiti membolehkan perniagaan bersaing dengan baik dan mencapai kecekapan operasi yang optimum.

Pada masa kini, Malaysia berada pada tangga ke 12 daripada 190 negara yang mudah menjalankan perniagaan. Penilaian tersebut dilaksanakan oleh Bank Dunia dalam mengukur kualiti peraturan perniagaan serta penguatkuasaannya yang turut menerbitkan laporan tahunan bagi tujuan tersebut.

Kedudukan ini meletakkan Malaysia pada landasan yang baik dalam usaha menambahbaik persekitaran perniagaan melalui peraturan yang berkualiti.

Sementara itu, Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman, Ketua Pengarah MPC berkata, “Amalan Baik Peraturan penting bagi menjamin persekitaran perniagaan yang kondusif untuk negara terus mengalami perkembangan produktiviti dan ekonomi yang menggalakkan”.

Bagi tujuan tersebut, beliau berkata, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) diberi tanggungjawab sebagai agensi peneraju untuk memudahcara, memberi nasihat, dan memastikan pelaksanaan NPGRP yang komprehensif dan efektif oleh institusi Kerajaan.

“MPC bertanggungjawab memberi panduan teknikal bagi analisis impak peraturan dan teknik rundingan untuk menjamin kualiti peraturan yang digubal atau dipinda. Dalam memudahcara proses rundingan, MPC menyediakan platform rundingan atas talian”, ujar Abdul Latif.

“MPC juga mempunyai jalinan kerjasama yang erat dengan Rangkaian Amalan Baik Peraturan ASEAN-OECD (GRPN) dan juga APEC”.

“Perkongsian teknik-teknik baharu melalui jalinan kerjasama ini membantu memastikan keupayaan semua institusi yang terlibat dalam melaksanakan Amalan Baik Peraturan di Malaysia setara dengan negara-negara lain”, tambah Abdul Latif.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...