16 JULAI 2021 – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz memaklumkan bahawa mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) yang berlangsung semalam bersetuju supaya JKKPPN digantikan dengan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak COVID-19 secara holistik.
Tambah Zafrul yang juga Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara, Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa PPN akan dibentangkan di Parlimen pada 26 Julai 2021.
“Berteraskan pendekatan whole of nation, MPN akan melantik wakil-wakil dari sektor swasta, pakar industri, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman dan nasihat di dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar dari pandemik ini secara sistematik dan selamat.” kata beliau.
Mesyuarat kedua JKKPPN hari ini juga telah memutuskan perkara-perkara berikut, di mana perinciannya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat:
- Menambah baik SOP berdasarkan maklumbalas dari antara lainnya, subject matter experts, selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan kejelasan SOP dan tahap kepatuhan;
- Memperkenalkan beberapa kelonggaran kepada rakyat yang telah mendapat dua dos vaksin; dan
- Mempertimbangkan kelonggaran bagi syarikat-syarikat yang telah memberi vaksinasi penuh kepada pekerjanya untuk beroperasi sepenuhnya.
“MPN juga akan membuat pertimbangan dan mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan peralihan dari satu fasa ke fasa berikutnya dapat dicapai secepat mungkin berdasarkan pencapaian nilai-nilai ambang utama yang telah ditetapkan.
Melangkah ke hadapan, Kerajaan akan mengukuhkan strategi bagi mengawal wabak COVID-19 secara holistik dengan memberi fokus kepada faktor-faktor seperti kadar aktiviti/pergerakan; kadar dan tempoh kebolehjangkitan; populasi berisiko dan pengukuhan kapasiti sistem kesihatan awam.” kata Zafrul.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment