Kenyataan Media

Sasaran 1 juta dos pada 1 Ogos Ini – Amirudin Shari

134
Lawatan Menteri Besar Selangor, Dato' Amirudin Shari ke Program Outreach Vaksinasi PKPD Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi, Selangor di sini hari ini. - LIFE NEWS AGENCY/ Hafis Idzla Bin Mohd Hafidzan

16 JULAI 2021 – Selangor akan menyasarkan pemberian 1 dos vaksin kepada 1.3 juta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.

Usaha ini akan memfokuskan kepada warga kedua-dua negeri yang belum menerima janji temu vaksin bermula 26 Julai ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, menerusi SelVAX, usaha kerajaan negeri akan dilaksanakan selari dengan Operasi Lonjakan Kapasiti Lembah Klang di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diterajui oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, SelVAX ketika ini diiktiraf oleh kerajaan persekutuan sebagai sebuah program di bawah kerangka PICK akan turut menerima bekalan vaksin serta pengiraan kapasiti dan data.

“Usaha koordinasi dan penyeragaman antara SelVAX dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan dilaksanakan oleh Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi supaya tidak berlaku sebarang percanggahan data serta maklumat”, ujar beliau lagi.

“Program SelVAX Komuniti dan Industri juga akan dioptimumkan dengan bekalan vaksin yang mencukupi supaya dapat beroperasi dengan kapasiti penuh dan mencapai kadar anggaran 40,000 dos sehari bagi dos pertama dan kedua serentak melalui lima (5) PPV Mega serta klinik panel Selcare di seluruh negeri, tertakluk kepada stok bekalan vaksin yang diterima” ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menambah Dato’ Teng Chang Khim, EXCO Negeri Selangor akan menyelaraskan program SelVAX Industri bagi pekerja.

Amirudin berkata, PPV akan ditingkatkan kapasiti untuk pemberian vaksin kepada 272,000 dos sehari dan pada 15 Julai lepas, Selangor telah berjaya memberikan 113,458 dos vaksin yang merupakan angka tertinggi di seluruh negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Photo: YouTube screenshot
Kenyataan Media

Conservative Christians freak out over cute ad featuring a lesbian couple

You need to be logged in to view this content. Please Log...