AMEkonomi @ My LNA

Majlis Pemulihan Negara (MPN) ganti JKKPPN, dipengerusikan oleh PM

59

16 JULAI 2021 – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz memaklumkan bahawa mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) yang berlangsung semalam bersetuju supaya JKKPPN digantikan dengan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak COVID-19 secara holistik.

Tambah Zafrul yang juga Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara, Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa PPN akan dibentangkan di Parlimen pada 26 Julai 2021.

“Berteraskan pendekatan whole of nation, MPN akan melantik wakil-wakil dari sektor swasta, pakar industri, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman dan nasihat di dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar dari pandemik ini secara sistematik dan selamat.” kata beliau.

Mesyuarat kedua JKKPPN hari ini juga telah memutuskan perkara-perkara berikut, di mana perinciannya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat: 

  1. Menambah baik SOP berdasarkan maklumbalas dari antara lainnya, subject matter experts, selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan kejelasan SOP dan tahap kepatuhan;
  2. Memperkenalkan beberapa kelonggaran kepada rakyat yang telah mendapat dua dos vaksin; dan
  3. Mempertimbangkan kelonggaran bagi syarikat-syarikat yang telah memberi vaksinasi penuh kepada pekerjanya untuk beroperasi sepenuhnya.

“MPN juga akan membuat pertimbangan dan mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan peralihan dari satu fasa ke fasa berikutnya dapat dicapai secepat mungkin berdasarkan pencapaian nilai-nilai ambang utama yang telah ditetapkan.

Melangkah ke hadapan, Kerajaan akan mengukuhkan strategi bagi mengawal wabak COVID-19 secara holistik dengan memberi fokus kepada faktor-faktor seperti kadar aktiviti/pergerakan; kadar dan tempoh kebolehjangkitan; populasi berisiko dan pengukuhan kapasiti sistem kesihatan awam.” kata Zafrul.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...