AM

12 Juta Dos Vaksin Sinovac Telah Habis – Pharmaniaga

64

16 JULAI 2021 – Pharmaniaga semalam mengumumkan telah selesai membekalkan sebanyak 12 juta dos vaksin Covid-19 Sinovac secara Fill & Finish kepada kerajaan.

Syarikat tersebut juga memaklumkan telah membekalkan vaksin Sinovac dengan membuat pemesanan vaksin import siap untuk diagihakn seiringan dengan agihan vaksin jenis Fill & Finish setelah kes jangkitan Covid-19 meningkat mendadak dari bulan Mac 2021.

“Pembekalan 12 juta dos ini melibatkan 6 juta dos bagi suntikan pertama dan 6 juta dos bagi suntikan kedua.”, ujar syarikat tersebut dalam kenyataan semalam yang turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak berhubung vaksin Sinovac ditamatkan atau dihentikan

Syarikat tersebut memaklumkan memandangkan jumlah suntikan dos pertama di kesemua negeri sudah hampir mencecah 6 juta, arahan telah diberikan untuk memberhentikan  pemberian dos pertama dan menumpukan kepada pemberian dos kedua bagi mengelakkan kes tiada stok untuk dos kedua sekiranya dos pertama diberi lebih daripada 6 juta dos.

Pihak Syarikat telah membuat tawaran penambahan bekalan sebanyak 2 juta dos kepada Kerajaan Persekutuan dan sedang menunggu keputusan rasmi mengenainya.

“Pembekalan vaksin COVID-19 Sinovac kepada kerajaan-kerajaan negeri, agensi kerajaan dan pihak swasta yang telah lama menunggu bekalan bagi membantu mempercepatkan program vaksinasi selari dengan PICK” ujar syarikat tersebut lagi.

“Pharmaniaga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan merasa bangga sebagai syarikat pertama yang telah berjaya membekalkan kesemua keperluan Kerajaan Persekutuan jauh lebih awal daripada jadual kontrak bagi membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat” ujar syarikat tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...