AMMuzik & Hiburan @ My LNA

[GALERI] Persembahan Buskers di PPV MEGA WTC KL

252

Elemen muzik diakui sebagai terapi berkesan untuk menghilangkan tekanan yang dialami seseorang. Ia dipercayai sebagai satu unsur teraputik yang mampu memberikan ketenangan dan membantu meningkatkan ‘mood’.

Tidak hairan jika dilihat elemen muzik seringkali digabungkan dalam banyak teknik perubatan moden mahupun alternatif.

Baru-baru ini LNA sempat meninjau bagaimana elemen muzik dan hiburan di aplikasikan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor di bawah program yang dikenali sebagai Program Persembahan Pemuzik / Buskers di Pusat Pemberian Vaksin.

Inisiatif ini dilihat sebagai projek ‘serampang dua mata’ hasil kerjasama MOTAC bersama MOSTI dan Persatuan Pemuzik & Buskers.

Pertama persembahan muzik selingan diharap dapat membantu memberi rasa tenang kepada penerima vaksin yang ‘keresahan’ sementara menunggu giliran untuk divaksin. Keduanya pula projek ini memberi sedikit ruang dan peluang kepada kumpulan pemuzik dan seniman jalanan ini untuk mencari sumber pendapatan saat industri dan aktiviti hiburan di Malaysia dilihat ‘mati’ ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dibawah program ini, 3 persatuan muzik yang terdiri dari Persatuan Alumni ASWARA, Kelab Buskers Malaysia (MYBC) dan…. diberi tanggungjawab oleh Motac untuk membuat persembahan di Pusat Pemberian Vaksin.

Menurut En. Fairus Azman bin Ab Rahman, Pengerusi merangkap Penyelaras Projek Busking Malaysian Buskers Club (MYBC) merangkap Penyelaras Projek Busking Malaysian Buskers Club (MYBC), maklumbalas yang diterimanya dari orang ramai yang hadir menerima vaksin di PPV setakat ini positif.

“Ramai yang menyukai dan mengatakan persembahan ‘buskers’ ini membuat mereka terhibur dan hilang rasa gelisah sementara menunggu untuk divaksin”, katanya.

Sementara itu, En. Isyam Swardy, Ketua Program Fakulti Musik ASWARA merangkap Penyelaras Projek Busking Persatuan Alumni ASWARA, KL memberitahu program ini membantu memberi ruang bernafas kepada pemuzik jalanan dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan.

“Selain daripada upah persembahan yang disediakan pihak MOTAC, pemuzik buskers turut menerima ‘tips’ tambahan dari penerima vaksin yang hadir dan menonton persembahan mereka”, ujarnya lanjut.

Sehingga kini terdapat 7 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di sekitar Lembah Kelang dan Selangor yang menyediakan ruang persembahan kepada ‘barisan hadapan muzik’ ini untuk membuat persembahan.

RUANG DAN PELUANG… Persembahan Kumpulan Seniman jalanan (buskers) di PPV Mega WTC, Kuala Lumpur sebagai hiburan ringan kepada penerima vaksin yang hadir untuk menerima vaksin disini. Program Persembahan Pemuzik / Buskers di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) merupakan initiatif hasil kerjasama MOTAC bersama MOSTI dan Persatuan Pemuzik & Buskers dalam membantu ‘survivor’ kumpulan ini yang terjejas ekoran penguatkuasaan PKP akibat penularan Covid-19. – LIFE NEWS AGENCY/Hafis Idzla Bin Mohd Hafidzan

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...