Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

MCMC tangani masalah liputan telekomunikasi di jajaran Kg Minda, Kg Talong dan Kg Pasir Raja, Dungun, Terengganu

152

CYBERJAYA 17 JULAI 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama-sama dengan wakil Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah bertemu dengan penduduk Kg. Minda, Kg. Talong dan Kg. Raja, Dungun, Terengganu bagi mendapatkan maklum balas berkaitan dengan kualiti liputan selain meninjau infrastruktur di kawasan kampung berkenaan pada 10 Julai lalu.

Menurut MCMC dalam satu kenyaaan hari ini, hasil tinjauan mendapati, terdapat 10 menara sedia ada yang sedang dinaik taraf melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di sepanjang jajaran laluan Kg. Minda sehingga ke Pasir Raja di bawah Mukim Jengai dan Mukim Pasir Raja melibatkan Kg. Minda, Kg. Talong, Kg. Rantau Panjang, Kg. Kuala Jengai, Kg. Jongkok Batu, Kg. Shukor serta Kg. Pasir Raja.

“Sehingga kini, hanya satu (1) pembekal perkhidmatan sahaja telah selesai menaik taraf menara yang sedia ada dan dapat memberikan perkhidmatan liputan 4G di kawasan tersebut. Kerja-kerja naik taraf menara-menara dijangka siap secara berperingkat bermula November 2021 sehingga Februari 2022 dan bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk di kawasan ini.” kata MCMC.

Tambah MCMC, di sepanjang jajaran laluan Kg. Minda sehingga ke Pasir Raja ianya telah diliputi jalinan gentian optik (UNIFI).

“Justeru, MCMC menyarankan agar penduduk memanfaatkan perkhidmatan ini dengan melanggan pakej yang bersesuaian.” cadang MCMC.

Semasa lawatan tersebut juga, pihak MCMC Terengganu turut mengunjungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) luar bandar di Sekolah Kebangsaan Kg. Jengai dan mendapati orang ramai dapat membuat pendaftaran dan mengemas kini aplikasi MySejahtera dengan lancar kerana adanya liputan 4G di kawasan tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member