12 JULAI 2021 – Menara baharu dengan liputan telekomunikasi 4G dijangka memberi manfaat kepada 1000 penduduk di Kampung Rhu Sepuluh dan Kampung Kuala Kubang, Setiu, Terengganu.
Menara tersebut yang telah siap dibina dan mula beroperasi di kedua-dua kampung tersebut sejak Jun lalu akan turut memberikan manfaat kepada Pantai Penarik yang merupakan destinasi pelancongan utama Setiu.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan dilaksanakan secara berterusan dengan 15 menara baharu yang telah diluluskan dan akan dibina dalam kawasan Parlimen Setiu.
“Sementara itu, kerja-kerja naik taraf liputan kepada 4G di 78 menara sedia sedang giat dilaksanakan dan dijangka akan siap beroperasi secara berperingkat bermula Ogos ini sehingga Mac 2022 akan datang”, ujar suruhanjaya tersebut.
- JELAJAH FTROADPEDIA ZON SELATAN 2.0 (HARI PERTAMA)
- Merombak Fungsi LTAT dalam projek berkos tinggi seperti LCS
- PENGISYTIHARAN MALAYSIA REPROGRAPHIC RIGHTS CENTRE BERHAD (MARC) SEBAGAI ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF MEWAKILI KARYA SASTERA, SENI, IMEJ DAN ILUSTRASI
- Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen mulai hari ini hingga 24 Ogos 2022
- COVID-19 : Jumlah kes baharu terus menurun