Kenyataan Media

Kolaborasi Syarikat Telekomunikasi Dan CITF Dalam Usaha Mencapai 80% PICK

48
SSUCv3H4sIAAAAAAAEAH1SPU/DMBDdkfgPkedGhCQlCSMDGxIDG2K42NfEquur/AGqqv537KQGD4jN997du3t3Pt/eFAUbwUrOHotzjEIslfLWGXCSdICrzRU3qAWaHEEhHRkJKgdHcHzWcMAAaq9UhC8LyawD5y3a2OwKcXA4BY0V/JFYJ3pf4yIRCxkqAsXeMHQhRdOJbTLW+jGyL9JyVAo0krcs8ZfNP4JP3kqN1t49Sw2a41+yr0hHhb966+MjWYcJNT8t7jLXBhXC6vp9TWX7L4fmkO8BvJCUreCTOKiY0GRKRyO51FNWRm5eTpLKOHntTByBpfmZIjrCqOI9dkETEz6DtSFdJDxrxMMHoEPWR5NbDFxVmQhni+F9U7dV27fbqu+qoan7iqVTE99LkVtcrz/LQJlThkuxKG137baHphRdtyvbthrK4aFryl70TT0MfMdFHRZ/+QZgKPxntAIAAA==

7 JULAI 2021 – Beberapa syarikat telekomunikasi di Malaysia telah tampil ke hadapan untuk menjalankan kolaborasi strategik dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) dalam objektif mencapai 80 peratus imuniti kelompok dan melindungi penduduk Malaysia.

“Antara syarikat yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn. Bhd, Maxis Communications Berhad, Telekom Malaysia Berhad, TIME dotCom Bhd dan U Mobile Sdn. Bhd” jelas satu kenyataan media daripada CITF hari ini.

Kolaborasi ini bertujuan memperhebatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melalui satu jalinan kerjasama di antara CITF dan syarikat telekomunikasi dengan pendekatan “whole-of-society approach”.

“Antara inisiatif utama yang telah dan sedang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut adalah membantu penyediaan infrastruktur rangkaian internet (connectivity) di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Malaysia” katanya.

Syarikat telekomunikasi yang berkenaan akan memastikan supaya PPV bukan sahaja dilengkapi dengan akses internet, tetapi kapasiti jaringan rangkaian juga ditingkatkan.

“Notifikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk janji temu yang dihantar kepada orang awam bagi imunisasi COVID-19 adalah juga adalah salah satu hasil kolaborasi bersama syarikat-syarikat telekomunikasi ini yang telah bermula sejak 5 April 2021”.

Menurut kenyataan tersebut, notifikasi SMS ini akan diterima oleh individu yang telah berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19 melalui PICK.

“Syarikat telekomunikasi juga berperanan dalam menyebarkan maklumat mengenai PICK serta menggalakkan pendaftaran untuk menerima vaksin COVID-19 melalui platform hebahan seperti laman web rasmi, laman sosial, aplikasi serta pusat khidmat pelanggan masing-masing” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...