AM

Video Bunuh Diri Palsu – PDRM

47

KUALA LUMPUR 6 JULAI 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penularan sebuah klip video berdurasi 30 saat yang memaparkan dua (2) wanita bertindak membunuh diri dengan terjun dari sebuah apartment.

PDRM dalam kenyataan media memaklumkan kejadian yang didakwa berlaku di Genting Highlands, Pahang adalah merupakan sebuah video lama yang berlaku di luar negara pada tahun 2017.

“Klip video berkenaan telah diulang siar di media sosial beberapa kali semenjak tahun 2020 bagi membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat” ujar Supt. Skandaguru Anandan, SUPT Komunikasi Korporat, PDRM.

PDRM turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai berita yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat’, ujar beliau lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...