Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

 JENDELA Gambang Siap – SKMM

59

CYBERJAYA 4 JULAI 2021 – Kerajaan hari ini telah menyiapkan 3 infrastruktur telekomunikasi dikawasan Panching Timur, Felda Bukit Sagu 2 dan sekitar persimpangan Gambang Interchange menerusi penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan infrastruktur yang siap pada bulan Jun 2021 dijangka memberi manfaat kepada 1,000 penduduk merangkumi beberapa buah kampung seperti Felda Panching Timur, Felda Bukit Sagu 1, 2 dan 3, Taman Rakyat Gambang, Masjid Gambang dan kawasan perindustrian Gambang.

“Tindakan tersebut adalah lanjutan daripada pertemuan antara Timbalan Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Paya Besar, YB Mohd Shahar Abdullah dengan MCMC bersama dengan pemain industri pada April lalu”, ujar SKMM lagi.

 Menurut SKMM lagi, kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan rangkaian 3G kepada 4G juga telah dirancang untuk dilaksanakan yang akan melibatkan sebanyak 65 stesen pemancar dan 19 buah menara baharu di seluruh kawasan parlimen tersebut dijangka bermula pada Ogos ini dan dijangka siap pada Mac 2022.

Selain itu, sebanyak 4,545 buah premis di Parlimen Paya Besar juga akan terlibat dalam kerja naik taraf teknologi lama berasaskan kabel tembaga kepada rangkaian gentian optik.

Ini bagi membolehkan capaian jalur lebar tetap dengan kelajuan Gigabit disediakan

“Kesemua inisiatif ini dirancang di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang mampu melonjakkan taraf kehidupan penduduk setempat di samping membolehkan mereka melaksanakan aktiviti seharian dengan lancar” ujar suruhanjaya tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member