Ekonomi @ My LNA

Malaysia – Qatar Perkukuh Perdagangan, Meneroka Pelaburan Baru – Azmin

62

DOHA 4 JULAI 2021 – Malaysia dan Qatar bersetuju untuk memperkukuhkan hubungan dua hala serta meneroka peluang yang lebih luas dalam meningkat perdagangan antara kedua-dua negara.

Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Azmin Mohamed Ali berkata, menerusi kerjasama Jawatankuasa Perdagangan Bersama Malaysia – Qatar (JTC) yang diwujudkan sebelum ini, kedua-dua negara yakin peluang meneroka inisiatif dan merancakkan hubungan perdagangan serta ekonomi dapat ditingkatkan biarpun kedua-dua negara berdepan dalam cabaran menangani penularan pandemic Covid-19.

Azmin dalam rangka lawatan kerja rasmi tiga hari ke Qatar bersama delegasi pelaburan Malaysia mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Tuan Yang Terutama Ali Ahmed Al-Kuwari, Menteri Perdagangan dan Industri Qatar turut membincangkan mengenai kolaborasi strategik kedua-dua negara, ujar beliau dalam kenyataan media semalam.

Beliau juga dijangka bertemu dengan delegasi pelaburan Qatar serta syarikat-syarikat dan pemain industri perdagangan di negara tersebut yang berminat untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

Selain itu juga, kedua-dua pemimpin turut memaklumkan perkembangan terkini situasi pandemik di negara masing-masing dan berkongsi pandangan yang sama berhubung kesan penutupan berpanjangan sektor ekonomi akan menjejaskan pendapatan kedua-dua negara disamping memperlahankan perdagangan sedia ada.

Beliau turut memuji usaha Qatar dalam mengawal pandemik Covid-19 disamping mengekalkan momentum ekonomi negara tersebut.

Azmin berkata, Malaysia telah merangka pelan pemulihan dengan memperuntukkan RM 530 bilion dalam pakej rangsangan untuk membantu kesinambungan aktiviti ekonomi dan memastikan kebajikan rakyat diutamakan. 

“KDNK diunjurkan sebanyak 6.0% pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, disebabkan peningkatan kes terbaru, unjuran tersebut disemak semula menjadi 4.5%”, ujar Azmin yang turut menekankan rekod eksport Malaysia yang tinggi bagi bulan Mac, April dan Mei menjadi kekuatan untuk negara.

Mengenai perdagangan kedua-dua negara pula, Azmin menegaskan menerusi JTC, penyertaan sektor swasta dalam pelaburan adalah penggerak penting dan Malaysia adalah destinasi pelaburan terbaik ASEAN dengan pasaran lebih daripada 2bilion orang.

Azmin turut menekankan bahawa kepentingan untuk menterjemahkan hasil memorandum persefahaman yang ditandatangani sebelum ini  oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan  Agensi Promosi Pelaburan Qatar (IPAQ)

Qatar adalah rakan dagang keenam terbesar di Malaysia dan ketujuh sumber import di rantau Asia Barat pada tahun lepas. Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara bernilai RM2.10 bilion dengan eksport Malaysia ke Qatar berjumlah RM1.13 bilion dan nilai import berjumlah RM0.97 bilion. Sebahagian besar pelaburan dari Qatar adalah dalam pembangunan harta tanah komersial dan perkhidmatan insurans.

Sementara itu, Ali berkata, Qatar bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi Gabungan Malaysia – Qatar ke-3 serta menekankan mengenai perlindungan perdagangan menerusi Perjanjian Jaminan Pelaburan di mana lebih banyak pelaburan dijangka dapat dilaksanakan di bawah perjanjian ini.

Selain itu, Azmin turut membangkitkan mengenai kesukaran PETRONAS dalam menyaingi harga Qatar Petroleum untuk produk gas cecair asli (LNG) kepada Ali di pasaran antarabangsa serta meminta supaya senergi kerjasama diperkukuh bagi memastikan kedua-dua syarikat dapat bertahan dalam meneruskan kelangsungan perniagaan.

Lawatan kerja rasmi selama tiga hari ini turut mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta dihadiri oleh rombongan kecil pegawai-pegawai agensi MITI dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan Covid-19. Azmin dan delegasi juga akan menjalani kuarantin wajib sekembalinya ke Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...