Kenyataan Media

2 Juta Dos Vaksin Untuk Sektor Pembinaan

90

KUALA LUMPUR 1 JULAI 2021 – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memohon untuk mendapatkan 2 juta dos vaksin untuk 1 juta personel yang terlibat dalam sektor pembinaan di negara ini.

Menteri Kanan dan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata bagi tujuan tersebut, Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (CIDB) akan menerajui Construction Industry Vaccination Programme (CIVac) bagi mempercepatkan pemberian vaksin terutama kepada sektor pembinaan di negara ini.

“Rekod terkini menunjukkan terdapat hampir 1 juta personnel binaan berdaftar dengan CIDB. Daripada jumlah tersebut, 70% adalah warga tempatan manakala 30% adalah warga asing. Jumlah ini meliputi mereka yang bertugas sebagai pengurus projek binaan, penyelia binaan, pekerja binaan dan juga personel pentadbiran” ujar beliau ketika melawat Pusat Konvensyen CIDB, disini hari ini.

Turut hadir bersama dalam lawatan kerja tersebut ialah Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Sebagai permulaan dalam melaksanakan program ini, 80,000 vaksin untuk 40,000 personel binaan telah diperutukkan  oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk diberikan kepada personel binaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan seluruh Selangor.

“KKR telah memohon 200,000 dos vaksin lagi untuk 100,000 personel binaan daripada JKJAV untuk fasa kedua CIVac dan KKR juga akan menambah jumlah tersebut mengikut permintaan dan keperluan industri pembinaan. Bagi fasa kedua, program akan dibawa ke negeri Pulau Pinang, Johor dan Pahang serta diperluaskan ke Sabah dan Sarawak mengikut keperluan dan permintaan setelah kajian dilaksanakan di kedua-dua negeri tersebut’ ujar beliau lagi.

Sementara itu, sebanyak 27 Pusat Pemberian Vaksin telah diwujudkan oleh kerajaan merangkumi sektor pembinaan, pengangkutan dan pengilangan melibatkan 373,327 pekerja di ketiga-tiga sektor ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata sebarang penambahan untuk ketiga-tiga sektor ini akan dibuat setelah penilaian risiko diadakan.

“Bagi sektor-sektor lain seperti sektor pelancongan, kerajaan akan mempertimbangkan setelah pengoperasian sektor ini dilaksanakan di bawah Pelan Pemulihan Negara”, ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...