Kenyataan Media

Jepun Sumbang 1 Juta Dos Vaksin

79

SEPANG 1 JULAI 2021 – Kerajaan Malaysia hari ini menerima sejumlah 1 juta dos vaksin AstraZaneca yang disumbangkan oleh Kerajaan Jepun bagi membantu negara memerangi pandemic Covid-19 dan memperhebatkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sekaligus dapat menyasarkan imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara mengikut garis masa yang ditetapkan.

Menteri Penyelaras PICK, YB Khairy Jamaluddin; Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Tuan Yang Terutama Hiroshi Oka, Duta Jepun ke Malaysia merupakan antara kenamaan yang hadir bagi menerima ketibaan vaksin secara pukal menerusi pesawat Japan Airlines (JAL723) di KLIA.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan sumbangan dari Jepun ini menjadikan jumlah vaksin AstraZeneca yang telah diperoleh oleh negara setakat 1 Julai 2021 adalah sebanyak 1,828,000 dos.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) amat mengalu-alukan sumbangan ini dan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Jepun di atas pemberian satu juta dos bekalan vaksin AstraZeneca ini yang sudah tentunya dapat membantu untuk menyuntik kapasiti dan kadar vaksinasi PICK bermula bulan ini”, ujar CITF.

“Sumbangan ini juga melambangkan keprihatinan kerajaan Jepun dan kepercayaan mereka terhadap kerajaan Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19 dunia dan menyokong program imunisasi global bagi membendung penyebaran wabak ini serta simbolik kepada tanda keakraban hubungan antara kedua-dua negara dan Malaysia yakin sumbangan ini akan terus memperkukuhkan lagi hubungan dua hala ini”, ujar CITF lagi.

CITF berkata, bekalan vaksin AstraZeneca yang diterima hari ini dihasilkan oleh syarikat Daiichi Sankyo Biotech di Saitama, Jepun dan telah diluluskan oleh Pharmaceuticals and Medical Devices Agency (PMDA), agensi di bawah Kementerian Kesihatan Jepun pada 21 Mei 2021.

Vaksin ini turut mendapat kelulusan Lot Release daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan diutamakan untuk inisiatif sukarela pengambilan vaksin AstraZeneca yang telah dijalankan bagi memastikan kelancaran operasi vaksinasi sebelum lebihannya dimasukkan ke dalam PICK untuk edaran ke negeri-negeri.

“Mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) telah memutuskan untuk memendekkan jarak suntikan dos bagi vaksin AstraZeneca kepada 9 minggu berdasarkan penilaian pakar dalam JKJAV yang turut dianggotai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia”, ujar CITF yang turut memaklumkan jarak terbaharu ini masih lagi dapat mengekalkan tahap keberkesanan sama yang maksimum untuk perlindungan sewajarnya kepada penerima vaksin tersebut

Selain Malaysia, Jepun turut menyumbangkan bekalan vaksin sama kepada Vietnam dan beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta beberapa negara Asia Barat.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, amat mengalu-alukan sumbangan ini dan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Jepun di atas pemberian satu juta dos bekalan vaksin AstraZeneca ini yang sudah tentunya dapat membantu untuk menyuntik kapasiti dan kadar vaksinasi PICK bermula bulan ini’, ujar CITF lagi.

Sumber foto Twitter Rasmi Menteri PICK

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...