AM

Yang Dipertuan Agong Titah Persidangan Parlimen Secepat Mungkin

75

KUALA LUMPUR 29 JUN 2021 – Seri Paduka Baginda Agong menzahirkan agar persidangan parlimen diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan dan parlimen Malaysia.

Persidangan ini perlu disegerakan bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan. 

Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, Dato Indera Ahmad Fadil Shamsudin hari ini mengeluarkan kenyataan media sejurus selepas KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berkenan menerima menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Tan Sri Dr.Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Datuk Azhar Harun di sini hari ini.

Turut hadir pada sesi tersebut adalah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Dato’ Haji Mohamad Ali Haji Mohamad dan kedua-dua Timbalan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon dan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Sesi mengadap ini diadakan setelah Yang Dipertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu mengadakan sesi perbincangan khas pada 16 Jun yang lepas.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan pandangan dan seruan-seruan yang dinyatakan ini merupakan pendirian Seri Paduka Baginda dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang bertindak sebagai Raja Berpelembagaan berlandaskan prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undangnya” ujar Ahmad Fadil lagi.

Baginda turut mengambil kesempatan menyeru rakyat bersama-sama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari segala musibah dan wabak Covid-19 dapat dibendung segera.

Sumber foto : Facebook Rasmi Istana Negara

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...