SEMASA UTAMA

COVID -19 : Jumlah kes baharu meningkat ke 6,437

29 Jun 2021 –  Sehingga hari ini, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,437 kes.

Merujuk kepada hantaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 2,299 kes dikuti Kuala Lumpur (1,361), Kelantan (131), Sarawak (242), Negeri Sembilan (700) dan Johor (271).

Selain itu, Kedah merekodkan 284 kes, Pulau Pinang (115), Pahang (250), Terengganu (21), Perak (184), Melaka (252), Sabah (178), Labuan (117) dan Putrajaya (32). Sementara itu Perlis tidak mencatat sebarang kes baharu.

Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 745,703.