AM

PEMULIH : Dianggarkan sebanyak 35,000 pekerjaan bakal diwujudkan dalam industri kreatif negara

72

29 JUN 2021 – Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menganggarkan sebanyak 35,000 pekerjaan bakal diwujudkan dalam industri kreatif negara.

Di dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, Menterinya, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata KKMM terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dua daripada tiga fokus utama PEMULIH, iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Perniagaan dan memberi fokus kepada kesalinghubungan internet, keusahawanan digital, kelangsungan industri kreatif, serta kesihatan mental.

“Berkaitan dengan kelangsungan industri kreatif, manfaat PEMULIH akan turut dirasai oleh penggiat industri kreatif negara dengan peruntukan sebanyak RM100 juta melalui jabatan serta agensi-agensi di bawah KKMM seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyCreative Ventures (MyCV), Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) bagi melaksanakan 13 inisiatif utama dalam bentuk kemudahan pembiayaan, pembangunan kapasiti, akses pasaran dan promosi, serta produksi di televisyen dan radio.

Inisiatif ini mensasarkan lebih 8,000 penerima manfaat daripada pelbagai bidang antaranya penyanyi, pemuzik, pelakon, penulis skrip, pencipta lagu, penggiat teater, artis seni persembahan, syarikat penerbitan dan kru produksi dan teknikal di belakang tabir. ” kata Saifuddin.

Tambah beliau dianggarkan juga sebanyak 35,000 pekerjaan bakal diwujudkan dalam industri ini. Katanya lagi, peruntukan ini juga akan digunakan untuk meneruskan program-program di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) yang sedang dilaksanakan sejak bulan Februari 2021.

“Saya yakin Pelan Pemulihan Negara secara berperingkat yang disokong dengan PEMULIH untuk membela kelangsungan hidup rakyat dan kelestarian pelbagai industri yang terkesan akibat pandemik COVID-19 mampu membawa kita keluar daripada pandemik ini. Dalam masa yang sama, kita juga perlu mengambil peluang dan kemudahan yang disediakan terutamanya dalam pendigitalan, e-dagang dan industri kreatif untuk terus meningkatkan kemahiran ekonomi digital serta memperkayakan penghasilan karya tempatan.” ujar Saifuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...