Kenyataan Media

PIKAS Diperluas, Sasar Imuniti Kelompok Pada September – Azmin Ali

74

SEREMBAN 26 JUN 2021 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan untuk mencapai imuniti berkelompok menjelang September ini menerusi Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam – Swasta (PIKAS).

Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Azmin Ali berkata bagi mencapai imuniti kelompok, MITI bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan program PIKAS dapat dilaksanakan.

“Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 2.2 juta pekerja sektor pembuatan negara dan daripada jumlah tersebut, seramai 73,100 pekerja sektor pembuatan di Negeri Sembilan.” ujar Azmin selepas lawatan kerja di PPV- PIKAS di D’Tempat Country Club, Seremban hari ini.

Azmin menambah beberapa projek perintis sebelum ini telah dilaksanakan di beberapa negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor manakala Negeri Sembilan akan memulakan projek PPV-PIKAS pada 5 Julai ini.

“Bagi PPV-PIKAS d’Tempat ini, kita menyasarkan seramai 11,491 orang pekerja akan menerima vaksin di sini melibatkan 41 syarikat dan maksimum kapasiti pemberian vaksin adalah sebanyak 1,500 dos”, ujar beliau.

Beliau menambah bagi bekalan vaksin pula, MITI telah memohon kepada pihak MOSTI untuk membekalkan sejumlah 600,000 vaksin pada bulan Julai manakala 795,000 vaksin pada bulan Ogos memandangkan sektor perindustrian merupakan tunjang ekonomi negara dan kemudahan vaksin ini adalah percuma kepada semua rakyat dan pekerja asing.

“Pihak majikan pula akan menanggung kos fasiliti PPV-PIKAS dan terdapat pejanjian yang telah ditandatangani oleh pihak kerajaan dan swasta dimana vaksin diberikan aadalah percuma manakala majikan akan menanggung kos fasiliti PPV termasuk pemberian kitaran vaksin kedua untuk pekerja yang telah berhenti kerja oleh majikan tersebut”, ujar beliau lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...