Kenyataan Media

PELAN PEMULIHAN PELANCONGAN BANTU JAYAKAN PICK

64

26 JUN 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah menyediakan satu kerangka secara holistik berhubung Pelan Pemulihan Pelancongan (Tourism Recovery Plan) selari dengan Pelan Pemulihan Negara sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata bagi tujuan tersebut MOTAC telah menggariskan tiga (3) fasa bagi membantu pihak kerajaan untuk mempercepatkan program vaksinasi di seluruh negara dan seterusnya dapat menjayakan Program COVID-19 Free Destination dan mencapai 80% imuniti kelompok, ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.

“Menerusi fasa pertama,melalui perbincangan bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) MOSTI, satu ketetapan telah dibuat untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis bagi Program COVID-19 Free Destination selain meningkatkan kapasiti pemberian vaksin kepada penduduk Pulau Langkawi serta menjadikan Kompleks Kraf Langkawi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam Tambahan mulai pertengahan bulan Julai 2021”, ujar beliau.

Selain Langkawi, Kuching turut dipilih sebagai destinasi rintis bagi Program COVID-19 Free Destination ini dalam usaha Kerajaan Negeri Sarawak mengangkat Bandar Raya Kuching sebagai salah satu jaringan bandar raya kreatif (creative cities network) di peringkat UNESCO dan ASEAN di bawah kategori Gastronomi pada masa terdekat.

“Bagi fasa kedua pula, MOTAC akan menyasarkan program ini ke pulau-pulau peranginan yang menjadi tumpuan utama pelancong seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan juga pulau-pulau
yang lain menerusi perbincangan pelbagai pihak dalam mempromosikan dan meningkatkan kapasiti pemberian vaksin”, ujar beliau lagi.

“Seterusnya dalam fasa ketiga, MOTAC dengan semua Kerajaan Negeri berhubung penentuan destinasi pelancongan utama yang menjadi tarikan pelancong untuk diketengahkan termasuk fasiliti sesuai untuk PPV, ujar beliau lagi.

Beliau menambah, inisiatif inisiatif dengan kerjasama MOSTI serta Persatuan Pemuzik dan Buskers untuk mengadakan Persembahan Pemuzik/Buskers di PPV Awam bermula 8 Julai sehingga 31 Disember 2021 di dua buah PPV Mega iaitu; Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dan World Trade Centre (WTC).

“MOTAC komited dalam memastikan Pelan Pemulihan Pelancongan serta inisiatif dibawahnya
menjadi pemangkin buat industri pelancongan dan budaya untuk kembali bangkit
seterusnya membantu negara dalam mempercepatkan fasa pemulihan ekonomi”, ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...