Kenyataan Media

Kerajaan Tingkat Pemberian Vaksin 300,000 Sehari, Sasar 3.2 Juta Penduduk Lengkap Dos Pada Julai – KJ

51

PUTRAJAYA 21 JUN 2021 Seramai 3.2 juta penduduk Malaysia dijangka akan melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 menjelang pertengahan bulan depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, anggaran tersebut dibuat berdasarkan bekalan vaksin yang telah diterima dan keupayaan serta kapasiti pusat pemberian vaksin (PPV) yang sedang beroperasi pada ketika ini.

“Anggaran tersebut juga dibuat atas faktor penerimaan vaksin sebanyak 8 juta dos yang akan diagihkan pada akhir bulan ini dan 10.7 juta dos pada pertengahan bulan depan” katanya dalam sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

Tambah beliau purata pemberian suntikan vaksin COVID-19 sepanjang minggu lalu juga turut meningkat kepada 189,329 dos sehari berbanding 130,842 pada minggu sebelumnya.

“Lebih banyak PPV akan dibuka di seluruh negara dalam masa terdekat bagi mencapai sasaran baharu iaitu 300,000 dos sehari, dalam masa terdekat”.

Menurut Khairy, kadar vaksinasi tertinggi yang berjaya direkodkan setakat ini adalah pada 17 Jun lalu dengan membabitkan sebanyak 229,707 dos.

“PPV terbesar iaitu Stadium Bukit Jalil juga akan mula beroperasi pada hari ini dengan kapasiti 5,000 suntikan dos sehari dan ia juga mampu mengendalikan kapasiti maksimum sehingga 10,000 dos sehari”.

Selain itu juga PPV mega yang turut dibuka pada hari ini adalah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mampu mencapai kapasiti 3,000 suntikan sehari.

“Selain itu, 17 PPV awam baharu turut beroperasi hari ini masing-masing di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Labuan” katanya.

Terdahulu, beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 5,815,575 dos pertama dan kedua vaksin telah diberikan sehingga semalam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...