AM

Ingkar SOP,150 Tapak Pembinaan Di Arah Tutup

133

KUALA LUMPUR 21 JUN 2021 – – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah menutup 150 tapak pembinaan di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu.

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan penutupan itu dilaksanakan berikutan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

“Kementerian amat memandang serius peratusan ketidakpatuhan SOP yang tinggi di tapak pembinaan kerana ianya satu perkara yang amat membimbangkan dan akan menjejaskan objektif PKP penuh ini untuk mengekang penularan wabak COVID-19”, ujar kementerian tersebut.

KKR menerusi CIDB telah menjalankan pemeriksaan di 2,423 tapak pembinaan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 446 tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 1,977 tidak beroperasi. Sebanyak 150 tapak pembinaan dari 446 tapak pembinaan yang beroperasi tidak mematuhi SOP, Kesemua 150 tapak pembinaan tidak mematuhi SOP berkenaan telah diarah tutup serta merta

Daripada 446 tapak yang beroperasi, didapati. Bagaimanapun 11 daripada tapak pembinaan yang diarah tutup telah pun dibenarkan dibuka semula, selepas mereka mematuhi SOP ditetapkan.

“Daripada 150 tapak pembinaan yang ditutup sebanyak 45 terletak di Sarawak, di Selangor (24 tapak pembinaan), Melaka (16), Pulau Pinang (10), Terengganu (10), Sabah (9), Johor (7), Kuala Lumpur (6), Pahang (6), Perak (5), Kedah (4), Negeri Sembilan (4), Perlis (3) dan Kelantan (1)’, ujar kementerian tersebut.

“Manakala 11 yang dibuka semula selepas didapati mematuhi SOP terletak di negeri Terengganu (4), Melaka (3), Johor (2), KL (1) & Kedah (1)” ujar kementerian lagi.

KKR juga mahu supaya semua kontraktor komited sepenuhnya dalam memikul tanggungjawab untuk memastikan tapak pembinaan dan penempatan pekerja mereka mematuhi SOP termasuk memastikan semua pekerja menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan bebas dari jangkitan sebelum dibenarkan bekerja di tapak pembinaan.

Selain itu, penggiat industri pembinaan diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP PKP 3.0 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN ) atau berdepan dengan tindakan tegas oleh CIDB.

Selain mengarahkan tapak pembinaan ditutup dengan serta-merta, CIDB juga boleh mengenakan penalti tidak melebihi RM500,000.00 atau menggantung dan membatalkan Perakuan Pendaftaran Kontraktor.

KKR menasihati penggiat industri pembinaan merujuk SOP di laman web MKN https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/.

Maklumat lanjut berkenaan SOP dan Garis Panduan industri pembinaan boleh didapati menerusi Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy, laman web rasmi CIDB di www.cidb.gov.my atau hubungi CIDB Careline di talian 03-5567 3300.

Sumber foto : Facebook rasmi CIDB

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...